Selepas lebih 2 tahun berehat, Rafizi umum kembali ke gelanggang politik, tanding jawatan Timbalan Presiden PKR

Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mengumumkan akan kembali aktif dalam politik selepas lebih dua tahun berehat.
Beliau turut mengumumkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti akan datang.
Rafizi dalam satu kenyataan menjelaskan, keputusan ini diambil selepas melihat keadaan parti menjadi pilihan ketiga pengundi selepas Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).
“Pada pandangan saya, dengan perkembangan-perkembangan terbaru, politik progresif pelbagai bangsa sedang berada di dalam bahaya jika PKR dan Pakatan Harapan terus menjadi parti ketiga kerana gagal memikat pengundi atas pagar.
“Atas kesedaran itu, saya telah membuat keputusan untuk kembali menyertai gelanggang politik dengan mengesahkan saya akan bertanding jawatan Timbalan Presiden KEADILAN dalam pemilihan akan datang, katanya.
Saya telah menerima pandangan rakan-rakan yang memohon saya kembali ke gelanggang politik dengan bertanding jawatan Timbalan Presiden @KEADILAN
Berikut ialah kenyataan penuh saya:https://t.co/ya4LMboLwi
ps: Kucing saya Kristi tetap tidak bersetuju. pic.twitter.com/8SPzmtyo1I
— Rafizi Ramli (@rafiziramli) March 15, 2022