Selepas kecoh isu 7E & OKU, tular pula video Kak Long goyang dada

Selepas kecoh isu 7E & OKU, tular pula video Kak Long goyang dada

 

Meskipun sudah dua minggu berlalu, nama ‘Kak Long 7E’ masih menjadi perbualan ramai sehingga hari ini apabila ada sahaja tindakannya yang mengundang rasa kurang senang oleh masyarakat sekeliling.

Terbaru, tular satu rakaman video memaparkan seorang individu mirip Kak Long atau nama sebenarnya Wan Noor Baizura melakukan aksi dianggap tidak senonoh secara siaran langsung di laman Facebook.

Video itu dimuat naik seorang pengguna Facebook, KJ Nilam memperlihatkan Kak Long tanpa segan silu beberapa kali menggoyangkan bahagian dadanya sambil bercakap dalam loghat Terengganu di dalam kereta.

Rakaman berdurasi 42 saat tersebut turut kelihatan seorang wanita dipercayai ibunya berada di tempat duduk belakang dan anaknya yang berada di sisi seolah-olah tidak menghiraukan aksi wanita berkenaan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tarikh siaran langsung video berkenaan sebelum tiba-tiba tular sehingga mendapat sebanyak 194 perkongsian dan 548 komen dalam kalangan netizen.

Sementara itu, seorang pengguna laman Twitter @Mulut_Cabai mendakwa akaun Facebook milik ibu kepada dua cahaya mata itu sudah disekat kemungkinan hasil ‘report’ pengguna media sosial.

Hasil korang repot, FB dah kena banned?

“Tapi, korang maki dia macam mana sekali pun, takda kesan. Yang pasti hasil korang report tu berjaya. Bagus. teruskan. Jangan ada lagi yang jemput masuk TV dah la,” tulis @Mulut_Cabai.

Hasil pemerhatian mendapati dua Facebook digunakan Kak Long sebelum ini sudah tiada di ruangan carian, namun terdapat satu lagi akaun bernama Wan Noor Baizura didakwa netizen milik suaminya.

Rata-rata netizen meninggalkan komen pada salah satu di akaun terbabit yang bertanya sekiranya semua akaun Facebook Kak Long sudah ‘terbenam’ selain berharap orang ramai tidak lagi mengikuti sebarang sosial media wanita tersebut.

Harap takde dah netizen ‘follow’

‘Report’ akaun ni sekali…

FB dia dah takde kan?

FB lelaki dia ke ni?

FB dia dah lenyap?

Oh pakai FB suami?

Selain memarahi pekerja 7 Elevan dan KFC, Kak Long juga terpalit kontroversi melakukan aksi badan dan memek seolah-olah mempersendakan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) menerusi satu video tular baru-baru ini.