Selepas kantoi ‘layan’ perempuan seksi di media sosial, ini tindakan suami usahawan terkenal

Selepas kantoi ‘layan’ perempuan seksi di media sosial, ini tindakan suami usahawan terkenal

 

Selepas didakwa suka follow dan tengok perempuan seksi di platform tersebut didedahkan isterinya, usahawan ucap terima kasih kepada suami kerana memilih untuk memadam Instagram

Menerusi hantaran terbaru usahawan terbabit di Insta Story, dia telah mengucapkan terima kasih kepada suami kerana memadam akaun Instagram di hadapannya mungkin sebagai langkah untuk berubah.

Dapat dilihat akaun tersebut telah dipadam secara kekal dan tidak ada lagi apabila dicari walaupun mempunyai pengikut ratusan ribu sebelum ini.

Terdahulu, usahawan terkenal yang sedang sarat hamil telah memuat naik beberapa pendedahan di Insta story berkenaan kebiasaan suaminya yang banyak mengikuti akaun-akaun Instagram wanita seksi.

Jelasnya, perkara tersebut sudah lama berlaku termasuklah sewaktu mereka mengerjakan umrah baru-baru ini.

Walaupun telah dinasihati untuk menghentikan perkara tersebut, namun masih tidak ada perubahan dalam dirinya sehingga usahawan wanita yang mengandung anak kedua mereka berasa cukup tertekan.

usahawan ucap terima kasih

Perkongsian berkenaan telah mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen di media sosial lebih-lebih lagi pasangan tersebut memang mempunyai peminat tersendiri.

Semoga dengan usaha yang dilakukan dapat menjernihkan kembali permasalahan antara mereka.