Selepas kantoi curang, perempuan maki teman lelaki ‘Dah la gemuk, muka pun tak ada’

Selepas kantoi curang, perempuan maki teman lelaki ‘Dah la gemuk, muka pun tak ada’

 

Memang pedih apabila dapat tahu pasangan curang, namun pedih lagi apabila pasangan berbohong dan tengok dengan mata kepala sendiri pasangan itu sedang bermesra dengan orang lain.

Dengan hati yang terasa sangat pedih dicurangi, namun lelaki itu gagahkan diri juga menghubungi perempuan itu untuk memujuk; walaupun bukan dirinya yang melakukan perbuatan curang itu.

@mhaidarruslan

Balas kepada @lin_korea93 AKU MASIH SAYANG KAN DIA #fyp#fypシ #fypage#fypviral

♬ bunyi asal – Haidar – Haidar

Bagaimanapun panggilan itu berakhir dengan sia-sia apabila bekas pasangnya memaki dengan menghina status kewangan, paras rupa dan menyatakan ada ramai lelaki lain yang lebih better dan perfect daripadanya.

Sejurus perempuan itu menghamburkan makian, dia meminta lelaki itu untuk move on dan terus mematikan panggilan.

Lelaki itu terus mengalirkan air mata jantannya selepas dihina teruk seolah-olah dia pula yang bersalah dalam hal curang ini.

Orang ramai yang menonton video itu meluahkan rasa simpati dan meminta lelaki itu terus kuatkan diri dan jangan berhenti berdoa untuk mendapatkan pasangan yang lebih baik pada masa akan datang.

Orang ramai yang menonton video itu meluahkan rasa simpati dan meminta lelaki itu terus kuatkan diri dan jangan berhenti berdoa untuk mendapatkan pasangan yang lebih baik pada masa akan datang.

SUMBER GAMBAR: TIKTOK @MHAIDARRUSLAN

SUMBER GAMBAR: TIKTOK @MHAIDARRUSLAN

SUMBER GAMBAR: TIKTOK @MHAIDARRUSLAN

Sebelum ini, lelaki itu dan rakannya berjaya menjejak perempuan tersebut keluar bersama lelaki lain dengan menggunakan Apple ID. Semasa ditemui, jelas kelihatan perempuan itu dan lelaki lain baru sahaja keluar daripada sebuah rangkaian kedai kopi.

Apabila lelaki itu menghubungi pasangnya bertanyakan apa dia sedang buat ketika waktu itu, perempuan tersebut berbohong dengan menyatakan dia sedang membantu emaknya kerana ada saudara-mara mahu datang ke rumah untuk beraya.

@mhaidarruslan

curang itu pilihan , bukan tidak disengajakan #fyp #fypシ #fypage #fypviral

♬ bunyi asal – Haidar – Haidar