Selepas ‘glove’ kuning, usahawan viral pakai pula sarung tangan penternak haiwan

Selepas ‘glove’ kuning, usahawan viral pakai pula sarung tangan penternak haiwan

 

Seorang usahawan makanan pakai sarung tangan penternak haiwan pula selepas video dia menggunakan glove berwarna kuning ditegur pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menerusi posting yang dibuat pengguna X dikenali sebagai mhmmdhsm, dia telah berkongsi semula hantaran yang dibuat usahawan makanan terbabit apabila memperlihatkan dia menggunakan sarung tangan panjang mencecah ke lengan untuk menggaul makanan.

Menerusi kapsyen yang disertakan, dia bertanya kepada pengguna media sosial berkenaan sarung tangan tersebut yang dikatakan biasa diguna oleh para penternak bertujuan untuk menyeluk bahagian dubur haiwan atas beberapa faktor.

Hal sama juga dinyatakan netizen di ruangan TikTok usahawan itu dan dia juga merespon komen-komen berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen hantaran yang dibuat di X, ramai yang tertanya-tanya mengapa dia tidak menggunakan tangan sahaja tanpa perlu memakai sarung tangan yang boleh mengundang perbalahan banyak pihak di media sosial setelah video itu dikongsikan kepada umum.

Ada juga netizen yang meluahkan rasa tidak puas hati apabila terasa disindir dengan kata-kata usahawan berkenan menerusi video yang dikongsikan itu.

Terdahulu, usahawan wanita terbabit telah menjadi perhatian ramai susulan menggunakan sarung tangan berwarna kuning untuk penyediaan makanannya.

Pihak KKM juga telah memberikan teguran kepada usahawan terbabit tentang penggunaan sarung tangan yang digunakan tidak sesuai dan menyarankan untuk memakai sarung tangan jenis nitrile (powder-free-glove) memandangkan ia  paling selamat untuk mengendalikan makanan kerana tidak meninggalkan sisa kotoran.