Selepas berbincang & solat istikharah, akhirnya ini pilihan sekolah anak Dr Sheikh Muszaphar

Selepas berbincang & solat istikharah, akhirnya ini pilihan sekolah anak Dr Sheikh Muszaphar

 

Angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor baru-baru ini meluahkan rasa dilema mahu memilih sekolah terbaik memandangkan anaknya, Sophea Isabella menerima tiga tawaran sekali gus.

Tiga tawaran tersebut adalah Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Kolej Yayasan Saad (KYS) dan Kolej Genius Permata Pintar.

Selepas berfikir panjang dan membuat solat istikarah, mereka memilih Kolej Genius Permata Pintar yang boleh mencabar minda anaknya.

sheikh muszaphar

Bella juga berpeluang untuk bercampur dengan golongan pintar yang boleh menzahirkan potensi sebenar Bella.

bella genius permata pintar

Jelas beliau, memilih sekolah terbaik adalah penting tetapi sebenarnya ia bergantung kepada kemampuan pelajar itu sendiri. Sebagai ibu bapa, dia berharap pilihan itu adalah pilihan tepat untuk Bella.

Menurut angkawasan ini lagi, apa yang menjadikan sebuah sekolah itu hebat? Jawapannya adalah para guru, kemudahan, persekitaran, kepimpinan pendidikan, program ditawarkan, rangkaian alumni yang teguh dan sebagainya.