Selepas 4 tahun bercerai, bekas isteri pelakon ‘kes kemaluan bau ikan masin’ berkahwin kali keempat

Selepas 4 tahun bercerai, bekas isteri pelakon ‘kes kemaluan bau ikan masin’ berkahwin kali keempat

 

Bekas isteri Galih Galinjar, Barbie Kumalasari mengumumkan telah kembali bergelar isteri selepas empat tahun bercerai dengan pelakon tersebut.

Barbie, 43, mengumumkan perkahwinan kali keempat itu menerusi perkongsian di Instagram.

Bukan ‘orang lain’, Barbie rupanya kembali berkahwin dengan bekas suami nombor dua, Bagus Saputra.

“Alhamdulillah,” tulis Barbie sebagai kenyataan kepada video proses pernikahannya dengan Bagus.

Pada perkongsian sama, penyanyi dan pelakon itu juga memberitahu suami peluk Islam sehari sebelum mereka berkahwin.

Dia yang pernah beberapa kali menimbulkan kontroversi penipuan seperti mengaku dirinya pemilik kedai berlian diketahui menerima 100 gram emas sebagai mas kahwin.

Pada tahun 2021, nama Barbie Kumalasari ikut terseret dengan kes sensasi Galih kerana menghina kemaluan bekas isterinya sebelum ini, Fairuz A Rafiq sebagai berbau ikan masin.

Akibat penghinaan yang dilakukan secara terbuka di sebuah temu bual yang disiarkan, Galih dipenjarakan selama dua tahun.

Barbie dan Galih berkahwin selama empat tahun sebelum bercerai pada 2020.