Selepas 27 tahun beroperasi, cawangan pertama restoran Chili’s Malaysia bakal ditutup

Selepas 27 tahun beroperasi, cawangan pertama restoran Chili’s Malaysia bakal ditutup

Restoran Chili’s merupakan antara restoran kegemaran ramai rakyat Malaysia dan pastinya anda memiiki 1001 kenangan manis menikmati makanan di restoran ini bersama keluarga serta rakan-rakan.

Dalam satu video, Chili’s Malaysia mengatakan akan menutup cawangan pertama restoran Chili’s di Bangsar selepas 27 tahun beroperasi. Untuk pengetahuan anda, cawangan pertama restoran Chili’s ini dibuka pada tahun 1994 dan akan ditutup sepenuhnya pada 31 Mac 2021.

Pihak Chili’s Malaysia mengucapkan terima kasih di atas sokongan para pelanggan sepanjang restoran Chili’s bertapak di Bangsar. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pelanggan setia menzahirkan rasa sedih dan berkongsi kenangan manis mereka berada di restoran Chili’s cawangan pertama itu.

 

Walau bagaimanapun, punca penutupan cawangan tersebut tidak dinyatakan dan cawangan lain seperti di KLCC, Mid Valley Megamall, 1 Utama, Empire Subang, Citta Mall, Paradigm Mall PJ, Jaya Shopping Centre, Sunway Velocity Mall, Kiara 163 Retail Park, Sunway Putra Mall, Sunway Pyramid dan Hotel Penang masih beroperasi. – TV