‘Selepas 16 tahun ayah solo, akhirnya dia sudah ada peneman hidup yang baharu, kami adik-beradik sangat gembira’ – Anak Sabri Yunus

‘Selepas 16 tahun ayah solo, akhirnya dia sudah ada peneman hidup yang baharu, kami adik-beradik sangat gembira’ – Anak Sabri Yunus

 

Anak lelaki kepada pelakon dan pengarah popular Sabri Yunus, Saidi Sabri, 32 tahun, merasa gembira kerana bapanya telah menjumpai pasangan hidup yang baru selepas 16 tahun menjalani kehidupan bujang.

Wajah ayah tambah berseri

Memetik OhBulan!, Saidi memberitahu bahawa dia perasan perubahan dalam keceriaan bapanya selepas berkahwin dengan aktres Angeline Tan pada 14 Oktober lalu.

“Syukur alhamdulillah, selepas 16 tahun ayah solo, akhirnya dia sudah ada peneman hidup yang baharu. Kami adik-beradik sangat gembira.”

“Aunty Angeline kerap juga datang rumah kami daripada kami kecil lagi dan mereka akhirnya disatukan.”

“Jujur saya katakan, perubahan pada ayah dia memang nampak lain, wajahnya lebih berseri. Iyalah kan dulu hidup seorang kini berteman. Seronok lihat dia gembira.”

Saidi menyuarakan pendapat tersebut ketika hadir di majlis perkahwinan Sabri dan Angeline di Glo Mall Damansara pada hari Ahad.

Sementara itu, anak kedua aktor berusia 62 tahun itu, Syamimi Sabri, 30, menjelaskan bahawa dia dan adik-adiknya tidak pernah meminta bapa mereka untuk berkahwin lagi.

Sebaliknya, mereka sokong keputusan bapa mereka demi kebahagiaannya.

“Kami tidak terkejut pun ayah nak kahwin dengan aunty Angeline, sebab mereka berkawan sudah lama. Kemudian mereka betul-betul rapat sejak beberapa tahun lalu.”

“Tak pernah nak minta ayah kahwin lagi, sebab itu urusan dia. Kami terima sahaja dia nak berkawan dengan sesiapa yang dia mahu. Asalkan dia bahagia.”

Di samping itu, puteri bongsu Sabri, iaitu Syazni Sabri, yang berusia 28 tahun, menggambarkan Angeline, juga dikenali sebagai Ardini Angeline dalam Islam, sebagai seseorang yang penyanyang dan jujur.

“Aunty Angeline sudah anggap kami adik beradik macam anak dia sendiri dari kami kecil.”

Apabila ayah memberitahunya bahawa dia telah menjadi rapat dengan seorang wanita ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlaku, pada masa itu dia tidak mendedahkan niat untuk mengambil hubungan itu ke peringkat yang lebih serius, tetapi “kami boleh nampak dah yang dia suka.”

“Sifat aunty Angeline yang saya lihat dia seorang yang sangat mengambil berat, tidak fake. Dia boleh menjaga kesihatan ayah, makan minum ayah. Sangat baik dan penyanyang.”

Majlis tersebut menjadi lebih meriah dengan kehadiran rakan-rakan selebriti seperti Beto Kusyairy, Esma Daniel, Issey Fazlisham, Linda Rafar, dan lain-lain, selain daripada ahli keluarga terdekat.

Pada 14 Oktober lalu, mereka selamat diikat tali perkahwinan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr. Maza, di sebuah Masjid.