Selar tindakan rakan mangsa buli, Fathia Latiff tampil ‘back up’ Uqasha Senrose – “Jangan sampai saya..”

Selar tindakan rakan mangsa buli, Fathia Latiff tampil ‘back up’ Uqasha Senrose – “Jangan sampai saya..”

 

Kecoh diperkatakan baru-baru ini individu yang mendakwa menjadi mangsa buli kepada pelakon, Uqasha Senrose dikhabarkan sudah meninggal dunia pada 31 Oktober lalu.

Perkara tersebut didedahkan oleh rakan mangsa buli berkenaan.

Fathia pertahankan Uqasha

uqasha fathia

Susulan spekulasi hangat itu, pelakon Fathia Latiff menyelar tindakan individu tersebut yang didakwa sengaja menaburkan fitnah terhadap Uqasha.

Menerusi perkongsian semula sesi siaran langsung Uqasha dan individu tersebut, Fathia dilihat memberi amaran terhadap individu berkenaan ekoran tindakannya yang dianggap keterlaluan.

Sis yang tuduh Uqasha, jangan sampai awak yang kena accuse of defamation (tuduhan fitnah) ye, takut awak yang kena.

Jangan sampai saya dedahkan wajah awak, jangan rasa awak boleh serang orang lain. Nak try ‘gaslighting’ ke sis?

Pada Mac lalu, nama Uqasha secara tiba-tiba menjadi tular selepas seorang pengguna media sosial membuat pengakuan secara terbuka dia pernah menjadi mangsa buli Uqasha sewaktu zaman persekolahan.