Selama ini buang, rupanya tab tarik botol minyak ini ada kegunaannya

Selama ini buang, rupanya tab tarik botol minyak ini ada kegunaannya

 

Bila buka botol minyak yang baru, kita mesti perasan ada satu tab untuk ditarik selepas membuka penutup botol.

Selama ini tab ini kita tarik dan buang. Rupanya tab ini ada kegunaan yang ramai tak tahu.

Dikongsi oleh Datin Katherine dari melalui akaun TikTok Senzmalaysia beliau menjelaskan fungsi alat tersebut.

Jangan buang tab tarik botol minyak ada gunanya

Ujarnya tab ini sebenarnya boleh digunakan kembali untuk mengawal kuantiti minyak bila ia dituang dari botol.

Caranya;

1. Selepas membuka tab tarik, jangan terus buang sebaliknya terbalikkan tab ini dan masukkan semula ke dalam dalam lubang botol.

2. Kemudian boleh tuang minyak, hasilnya minyak keluar lebih ‘smooth’ selain mudah untuk kita kawal kuantiti minyak yang dituang.

@senz.malaysia

Apakah kebaikan tab tarik yg dalam botol minyak??? Cepat cuba!!! 👀 #senzmalaysia #oeacademy #mustwatch #kitchenhacks #knowledge #fyp #dapur #tips #sharing #kitchen #oil #minyak #lifehacks #slow #smooth #pour #easy

♬ original sound – Senzmalaysia – Senzmalaysia

Ramai yang baru tahu kan fungsi tab ini. Lepas ini kita guna semula ya.