Selalu parkir bawah panas terik, guna tips ini untuk sejukkan kereta & hilangkan bahang dengan cepat

Selalu parkir bawah panas terik, guna tips ini untuk sejukkan kereta & hilangkan bahang dengan cepat

 

Sejak kebelakangan ini, cuaca panas kerap melanda di seluruh Malaysia akibat perubahan fasa terakhir Monsun Timur Laut. Disebabkan itu, suhu harian boleh melebihi 35 darjah Celsius.

Bagi pemandu kereta, waktu inilah penghawa dingin atau aircond sangat membantu kerana dapat menyejukkan persekitaran dalam kereta.

Walau bagaimanapun, jika kereta diletakkan di bawah cahaya matahari, sudah tentu udara di dalam kenderaan ibarat ‘mendidih’ akibat terperap, lebih-lebih lagi jika kereta diparkir di tempat tidak berbumbung.

Kalau perasan, apabila pemandu masuk sahaja ke dalam kereta, perkara pertama selepas menghidupkan enjin kenderaan adalah mengaktifkan aircond.

Namun, perasan tak sewaktu anda melakukan cara ini, air di dalam kereta seperti lambat sejuk malah bahang kereta seolah-olah masih ada di dalam kereta?

Sebenarnya ada cara yang betul untuk membuatkan ruang kereta anda lebih cepat sejuk.

Sehubungan itu, hari ini akan dikongsikan tip bagaimana nak buatkan bahang dalam kereta anda hilang dengan cepat dan aircond pun sejuk.

Jom ikuti perkongsian pemilik akaun TikTok @altimatsaujana di bawah.

Ini Cara Betul Nak Bahang Panas Dalam Kereta Keluar

Menurut lelaki dalam klip tersebut, terdapat dua cara untuk menghilangkan bahang dalam kereta kerana sesetengah kereta sudah menggunakan panel aircond digital dan ada yang masih menggunakan panel aircondmanual.

Panel Aircond Manual

Bagi sebahagian kereta yang masih menggunakan panel aircond manual, cara untuk membuatkan kereta anda cepat sejuk adalah dengan tidak menekan tombol aircondterlebih dahulu.

Namun apa yang perlu dibuat adalah cari simbol udara keluar masuk ke dalam kereta dan tolak ke arah simbol berkenaan.

Tunggu dalam beberapa minit hingga terasa tiada bahang. Selepas itu hidupkan airconddan barulah tolak semula ke arah simbol udara dalam kereta.

Panel Aircond Digital

Manakala bagi kereta yang sudah menggunakan sistem panel digital, pastikan aircond kereta anda berada dalam keadaan tidak diaktifkan.

Lakukan langkah yang hampir serupa, cari simbol udara keluar masuk ke dalam kereta dan tekan.

Seterusnya, tunggu dalam beberapa minit hingga tiada rasa bahang. Barulah switch on aircond dan tekan semula button udara itu.

Haa, barulah naik je kereta tak terasa mendidih dengan bahang di dalam kereta. Semoga bermanfaat.