Selain tudung, ini perkara yang ‘pantang’ diusik pada pagi raya

Selain tudung, ini perkara yang ‘pantang’ diusik pada pagi raya

 

Bila sebut pasal memori mengenai hari raya ni, mesti ramai yang ada memori dan pengalaman masing-masing kan?

Salah satu yang min yakin masih diamalkan sehinggalah hari ini ialah berkumpul di rumah atok dan nenek di kampung.

Kalau tak ada kampung sekalipun, pastinya akan ada sebuah rumah yang akan dijadikan port untuk berkumpul seisi keluarga sebelum sama-sama ke masjid untuk mengerjakan Solat Sunat Aidilfitri, sesi bermaaf-maafan dan sebagainya.

Cuma, korang perasan tak, ada beberapa ‘pantang’ sebenarnya bila kita sebut pasal pagi raya ni.

Bila difikirkan balik, ada yang bakal membuatkan korang bermasam muka antara adik beradik, ada adegan tarik-tarik rambut, boleh buat bertekak, tak ada mood dan macam-macam lagilah pada pagi raya tu.

1. Potong ‘Q’ Mandi Pagi

Bila dah berkumpul ramai-ramai ni, confirm pagi raya tu akan kecoh satu rumah dengan persiapan raya masing-masing. Ada yang baru nak cari samping, ada yang cari butang baju melayu, ada yang tudung tertinggal dan macam-macam lagi lah.

Selain dari itu, kalau tandas di rumah tu tak banyak, pastinya akan ada ‘giliran’ untuk menggunakan tandas dan antara perkara yang boleh membuatkan kita mengamuk di pagi raya adalah apabila giliran mandi atau menggunakan tandas tersebut dipotong oleh orang lain.

Bila itu berlaku, memang akan bertekak lah sekejap. Jadi, untuk raya kali ini, kalau taknak perkara ni berlaku pada korang tahun ni, korang bangun awal dan ‘cop’ tandas tu awal-awal!

2. Pakai selipar orang lain

Selain daripada kejadian tandas tadi, antara ‘pantang’ yang bakal membuatkan kita nak bertekak di pagi raya ialah bila ada orang dah ‘sauk’ selipar kita untuk ke masjid.

Biasanyakan, yang suka sauk selipar ni mesti geng-geng yang siap paling lambat, mandi lama-lama dan suka melantak lauk raya.

Disebabkan diorang malas nak amik selipar sendiri dalam kereta dan takut kena bawak kereta sendiri atau jalan kaki, diorang biasanya akan pakai sahaja mana-mana selipar yang muat dan terus ke masjid.

Korang jangan terkejut juga kalau diorang ni nanti tanpa rasa bersalah bawa balik selipar lain dari masjid!

3. ‘Rembat’ motor/kereta adik beradik

Biasanya, motosikal akan jadi kenderaan pilihan ramai untuk ke masjid di pagi raya bagi menunaikan solat sunat Aildilfitri.

Mana tidaknya, kadang-kadang masjid di kawasan tersebut mempunyai tempat letak kenderaan yang terhad. Dengan anak beranak yang balik beraya lagi, pastinya akan berlaku sedikit kesesakan untuk keluar dari masjid selepas solat, sebab biasanya satu rumah paling kurang pun akan guna dua buah kereta untuk ke masjid.

Jadi, tidak hairanlah motor korang atau kereta yang mana mudah untuk keluar dari rumah akan ‘dirembat’ oleh adik beradik lain. Sudahnya, tuan empunya motor atau kereta dah tak ada transport nak ke masjid, terpaksalah jalan kaki.

4. Usik tudung yang dah bergosok

Ini perkara paling ‘pantang’ dalam segala pantang larang yang diceritakan tadi! Sila jangan sesekali usik, alihkan atau paling teruk terduduk atas tudung yang dah digosok oleh adik, kakak mahupun pasangan korang. JANGAN!

Walaupun diorang bentangkan tudung tersebut atas sofa yang korang baru beli, sila jangan usik, duduklah di tempat lain atau duduk je atas lantai. Boleh ‘cancel’ raya tahun ni kalau diorang dah start membebel disebabkan tudung tu konyok.

Biasanya ada beberapa kemungkinan yang akan berlaku sekiranya ‘pantang’ ini dilanggar juga, pertama, korang tak akan bertegur seharian, kedua, perkara tersebut mungkin akan diungkit setiap kali orang puji tudung tersebut cantik dan boleh jadi diorang akan balas dekat samping korang pulak!

Tapi, sekiranya korang dah terlanggar pantang tersebut, ada je cara nak melembutkan semula hati diorang ni.

Pertama, simple je, minta maaf. Kedua, tawarkan diri untuk menggosok tudung untuk raya ke-2, atau, korang hadiahkan je satu tudung baru.