Sekysss ‘MVP’ di final MSC MLBB 2024 mahu simpan duit kemenangan dalam ASB, tolak beli kereta

Sekysss ‘MVP’ di final MSC MLBB 2024 mahu simpan duit kemenangan dalam ASB, tolak beli kereta

 

Netizen memuji pemain Mobile Legends (ML), Sekys dari kumpulan Selangor Red Giants (SRG) yang menjadi juara dunia MSC MLBB 2024 kerana mahu menyimpan wang kemenangan di Amanah Saham Berhad (ASB).

Kejohanan Mid Season Cup Mobile Legends Bang Bang (MSC MLBB) 2024 yang berlangsung pada Ahad menyaksikan kemenangan SRG sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai sehingga 1,000,000 juta usd (RM4,675,750 juta).

@ombonghaha

JIKA JUARA SEKYS MAU BUAT APA DUIT TU? #MLBBMSC #MLBBNEXTCREATOR #mlbb #mobilelegendsbangbang #KakiGaming #gamingontiktok #mlbbhighlights #msc2024

♬ original sound – Ombong Haha – Ombong Haha

Tidak cukup dengan itu, SRG yang mewakili Malaysia juga berjaya merampas gelaran juara dunia tiga tahun berturut-turut dari Filipina.

Sebelum melangkah ke pertarungan akhir kejohanan itu, Sekys telah ditemu bual oleh pemain veteren ML iaitu Ombong kemudian video tersebut dimuat naik ke TikTok.

Pada temu bual itu, Sekys berkata jika SRG memenangi kejohanan itu, dia akan menyimpan bahagian duit kemenangan yang dia terima kerana perjalanan hidupnya masih panjang.

“Kalau menang, saya rasa saya nak simpan sebab saya muda lagi. Kalau beli kereta, itu mungkin saya akan rancang di masa hadapan. Buat masa sekarang, memang nak simpan jelah. Saya nak simpan kat ASB,” katanya.

Ombong jelas kelihatan berpuas hati dengan jawapan daripada Sekys lalu memuji pemain ML berusia 17 tahun itu kerana bijak menguruskan masa hadapannya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut memuji pemain muda itu disamping menyuarakan kekaguman mereka terhadap jawapannya.

Sekadar info, SRG merupakan kumpulan pertama dari Malaysia yang telah berjaya memasuki pentas final Kejohanan Mid Season MLBB 2024 yang diadakan di Riyadh, Arab Saudi.

Selain memenangi kejohanan itu dan merangkul gelaran juara dunia, Sekys juga terpilih sebagai pemain terbaik atau Most Valuable Player (MVP) dan memenangi hadiah wang tunai 50,000 usd (RM233,787).

Terdahulu, Malaysia menghantar dua wakil ke Kejohanan Mid Season MLBB 2024 SRG dan Homebois, namun kumpulan kedua tewas di suku akhir menentang Singapura.