“Sekurangnya dia pergi ‘bayar’ kat sana” – Pusat pelacuran perlu ada di Malaysia, pendapat Rosyam Nor cetus kontroversi?

“Sekurangnya dia pergi ‘bayar’ kat sana” – Pusat pelacuran perlu ada di Malaysia, pendapat Rosyam Nor cetus kontroversi?

 

Pandangan pelakon Datuk Rosyam Nor mengenai perlunya aktiviti pelacuran di negara ini mencetuskan kontroversi sehingga menimbulkan perbalahan dalam kalangan netizen di media sosial.

Rosyam atau Mohamed Noor Shamsuddin, 57, merasakan aktiviti itu perlu ada memandangkan di Malaysia terdapat lambakan warga asing sebanyak tiga juta yang kebanyakannya adalah golongan lelaki.

Mempertahankan pendapatnya itu, Rosyam menjelaskan jika rumah pelacuran ditubuhkan ia sekurang-kurangnya dapat mengurangkan isu rogol melibatkan warga asing.

“Pusat pelacuran ini perlu sebab pendatang asing di negara kita ada lebih kurang tiga juta yang bekerja di sini.

“Isteri mereka tinggal (di negara asal). Namanya pun lelaki, kalau dia tidak ‘lepaskan’ (nafsu), dia nak ‘tonjol’ dekat mana?” katanya.

Rosyam berkongsi pendapat itu menerusi siri podcast Hitam Putih Kehidupan yang dimuat naik di TikTok Suhan Movies pada Ahad.

@suhanchannelofficial

Rumah pelacuran ni perlu?! 😱 EP 1 [PODCAST HITAM PUTIH KEHIDUPAN MUSIM 3] – PART 2 Full video di Youtube Suhan Channel & Usanita.🙌 #podcast #podcasthitamputihkehidupan #suhanchannel #rosyamnor #usanita

♬ original sound – Podcast Hitam Putih Kehidupan – Podcast Hitam Putih Kehidupan

Dalam pada itu, Rosyam turut meluahkan rasa bimbang jika perkara tidak diingini berlaku terhadap warga tempatan sekiranya masalah terbabit tidak dibendung.

“Dia (warga asing) tengok anak isteri kita, anak dara kita, silap-silap dia rogol anak dara kita. Dia boleh jadi sampai ke tahap itu.

“Mereka duduk sini, malam sudah tak kerja, dia pun tengok benda yang sama, tengok pornografi juga.

“Jadi bila ada rumah pelacuran itu, sekurang-kurangnya dia pergi ‘bayar’ dekat sana,” ujarnya.

Pandangan diketengahkan Rosyam itu turut mendapat sokongan daripada pengikut yang merasakan isu dibangkitkan pelakon itu matang dan relevan.

Malah ramai netizen pernah terfikir perkara sama dan ia mungkin salah satu cara bagi membendung masalah jenayah seksual dalam kalangan warga asing di negara ini.

“Akhirnya ada juga cakap benda yang betul seperti ini.

“Ya betul, macam dekat Eropah memang khas untuk pelancong atau pekerja asing,” komen netizen.

Pun begitu, ramai juga tidak bersetuju dengan cadangan berkenaan kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam.

Apatah lagi kebanyakan pekerja asing yang datang di negara ini seperti Indonesia, Bangladesh, Pakistan dan India beragama Islam.

“Dahulukan hukum Allah melalui hukum Allah. Tiada kemaksiatan dicegah dengan kemaksiatan.

“Nampak sahaja boleh selesaikan masalah tetapi nanti mesti akan timbul masalah lain,” komen netizen lain pula.