Sekumpulan pemuda gali dan pindah 7 jenazah Covid-19, dakwa terima ‘mimpi’ dari si mati

Sekumpulan pemuda gali dan pindah 7 jenazah Covid-19, dakwa terima ‘mimpi’ dari si mati

Di Sulawesi Selatan, Indonesia dipercayai tujuh jenazah pesakit Covid-19 yang dikebumikan di situ dilaporkan hilang dan menjadi misteri.

Namun akhirnya, misteri kehilangan jenazah itu terjawab apabila pihak polis tempatan berjaya menahan enam lelaki dipercayai terlibat dengan aktiviti menggali semula jenazah dari liang lahad.

Terima amanah

Kredit foto: iNewsSulsel.id

Memetik laporan Tribun News, sekumpulan pemuda itu mengakui bermimpi di mana ‘si mati’ meminta jasad mereka dialihkan ke tempat lain.

Bukan itu saja, mereka mendakwa telah menerima amanah daripada keluarga untuk memindahkan jasad pesakit Covid-19 itu dan hendak dikebumikan di tempat pengebumian lain.

Ketua Perhubungan Awam Polis Daerah Sulawesi Selatan iaitu E Zulpan memaklumkan enam pemuda yang ditahan itu mempunyai hubungan saudara dengan si mati dipercayai terbabit dengan kerja menggali dan memindahkan mayat.

Mereka merasakan ia adalah satu amanah dan mereka kemudian menggali serta memindahkan jenazah berkenaan. Kita sudah memeriksa lokasi dan menyita sejumlah bahan bukti termasuk selipar di kawasan perkuburan itu.

Sumber: OB, Tribun News