Seksi dedah dada, anak Azhar Sulaiman dikecam gayakan kostum Bunny

Seksi dedah dada, anak Azhar Sulaiman dikecam gayakan kostum Bunny

 

Hangat dibicarakan, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona atau dipanggil Leona yang merupakan personaliti media sosial telah memuat naik hantaran di Instagramnya dengan mengayakan kostum bunny sempena perayaan Halloween.

Leona yang kini menetap di England bagi menghadiri universiti di sana, berkongsi gambar pada malam perayaan tersebut yang menjolok mata dan tidak sopan bagi seorang Muslim.

Dia ni Islam ke. Tak takut ke pakai macam tu di negara orang.

Melihat ke ruangan komen, sudah pasti ramai yang tidak senang hati dengan kostum yang dipilih anak muda ini.

Ada juga yang mengaitkan isu peperangan di Palestin memandangkan Leona ini seolah-olah tidak hormat dengan keadaan sekarang.

Palestin tengah berperang, Leona cutie pakai baju bunny.

leo

Namun demikian, anak kepada pelakon ini masih tidak bertindak memadam gambar tersebut walaupun teruk dihentam warganet. Azhar juga kelihatan tidak memberi sebarang respon tentang isu itu buat masa sekarang.