Sekolah didakwa ‘paksa’ pelajar perempuan yang datang h**d, tunjuk darah pada guru?

Sekolah didakwa ‘paksa’ pelajar perempuan yang datang h**d, tunjuk darah pada guru?

@KemPendidikan Saya mohon pihak Kementerian teliti semula tradisi sekolah memeriksa haid pelajar perempuan Muslimah kita. Saya mohon pekeliling yang mengarahkan tatacara ini dilaksanakan, mohon kongsikan juga SOP berkenaan. Pun begitu, saya sarankan agar tradisi ini dihentikan segera.

Bayangkan ya, anak2 perempuan kita disuruh menunjukkan calitan darah haid atau melondehkan seluar dlm setiap 12 bln/kurang, dari tingkatan 1-5, & setiap kali itulah mereka berasa marah & dimalukan. Dan kita bertanya, kenapa anak2 muda individu yg tiada berkeyakinan? Selepas bertahun dimalukan?

Saya tak setuju pelajar Muslimah kita diminta buktikan yang mereka benar2 uzur & tak dapat solat dengan mencalit sample darah haid mereka. Saya rasa banyak lagi cara lain nak didik anak2 dirikan solat. Bukan dengan cara yang tak sopan ini. Ada guru meraba pada anak2 perempuan. Sekolah rendah pun ada.

Tanggungjawab guru mendidik. Selebihnya, kita berdoa kepada Allah SWT supaya anak2 dikurniakanNya taufiq & hidayah. Parents ada tanggung jawab. Suami didik isteri pula ada caranya. Jaga aib ini bawah adab Tajassus.

Cuma saya rasa KPM kena hentikan tradisi ini serta merta. Pun begitu, saya rasa ramai guru yg salah faham peranan mereka dalam mendidik pelajar mengenai agama. Ini yg menggusarkan saya. Yg menyedihkan, ini isu asas. Sangat menyedihkan saya.

@drzul_albakri Salam Dato’ Dr. Saya mohon pandangan dari sudut Islam mengenai isu di setengah sekolah yang memaksa pelajar perempuan membuktikan yg memang mereka datang haid dengan mencalit kemaluan mereka & ditunjukkan darah kepada pengawas atau guru yg memeriksa bila mereka tak dapat solat. Adakah ini wajar?