Sekiranya anda hidapi 6 penyakit ini, anda tidak layak untuk tunaikan haji!

Sekiranya anda hidapi 6 penyakit ini, anda tidak layak untuk tunaikan haji!

 

Hanya 45 daripada 85 jemaah haji negeri ini yang ditawarkan ke tanah suci berjaya melepasi saringan kesihatan yang ditetapkan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Ruzaini Rais berkata, 20 orang daripada mereka ada masalah obesiti, menghidap penyakit ken­cing manis, darah tinggi tidak terkawal serta penyakit paru-paru kronik berdasarkan penilaian pegawai perubatan.

Menurut beliau, sementara baki 20 lagi bakal jemaah menunda hasrat mereka berlepas atas hal peribadi.

“Tabung Haji akan memilih calon-calon lain yang layak bagi memenuhi kuota yang ditawarkan di negeri ini,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial syarat-syarat kesihatan yang layak bagi bakal jemaah untuk menunaikan haji tahun ini yang bertambah ketat.

Antara syarat-syarat baharu yang dikatakan ketat itu seperti obesiti Indeks Jisim Tubuh (BMI) mesti 40 dan ke atas, obesiti BMI 35-40 dan individu yang ada satu penyakit kronik seperti kencing manis/hipertensi, pesakit kencing manis dengan bacaan Hba1c 8.0% dan ke atas serta penyakit paru-paru kronik (COPD) walaupun tahap ringan didakwa tidak layak.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Sirajuddin Hashim berkata, mereka yang gagal itu kerana menghidap penyakit kencing manis tidak terkawal iaitu sebanyak tiga orang, darah tinggi tidak terkawal (empat), obesiti morbid (tiga) dan pelbagai penyakit kronik tidak terkawal (10).

Menurut beliau, syarat-syarat kesihatan tersebut adalah berdasarkan Garis Panduan Pemeriksaan Kesihatan Bakal Haji 1443H/ 2022M Edisi Khas Pandemik oleh Kementerian Kesihatan dan Lembaga Tabung Haji.

Sirajuddin kemudian menasihatkan kepada sesiapa yang merancang untuk mengerjakan ibadat haji dan bakal jemaah untuk menjalani saringan dan pemeriksaan kesihatan secara berkala, sekurang-kurangnya setahun sekali.

“Mereka juga perlu amal gaya hidup sihat dengan menjaga pemakanan dan berat badan unggul,” kata beliau.

Syarat kelayakan haji tahun ni sangat ketat.

Antara nya :

  1. 1. Obesity BMI >40 ❌
    2. BMI >35 + com0rbid ❌
    3. C0PD active smoking ❌
    4. Dar@h tinggi tak terkawal >160/100 ❌
    5. Kenc!ng man!s Hb@1C lebih daripada 8 ❌
    6. NYH@ class 2 ❌

Jagalah kesihatan dari sekarang, Always mention this – penjagaan kesihatan ini suatu ibadah juga..

And ia tak bermakna kalau ada kenc!ng manis atau dar@h tinggi tak boleh menunaikan haji.

Ia hanya bermakna status penyak!t anda harus terkawal.

Dengan rawatan , senaman, penjagaan pemakanan, gaya hidup yang lebih sihat- bacaan parameter2 yang penting boleh dikawal.

HBA!C merupakan satu ujian untuk melihat purata paras gula pesakit kenc!ng manis dalam tempoh 3 bulan lepas.

Jangan tunggu sampai saat saat terakhir baru nak jaga makan dan sebagainya sebab nak buat ujian darah.

Dr. Nimelesh