Sekian lama pendam, Puteri Balqis akhirnya dedah perangai ‘toxic’ ayah yang mengejutkan ramai

Sekian lama pendam, Puteri Balqis akhirnya dedah perangai ‘toxic’ ayah yang mengejutkan ramai

 

Pelakon yang mesra disapa Aqish sememangnya bukan asing lagi dalam industri seni tanah air.

Namun meningkat remaja dia sering dihambat bermacam kontroversi, termasuklah soal pemakaiannya.

Di sebalik semua kecaman tersebut, realitinya Puteri Balqis adalah seorang ‘puteri’ yang pernah merana akibat perbuatan ayah kandungnya.

Ayah tak pernah didik sebarang education…bila mak Aqish minta ajar al-Quran, kami berdua kena sepak

Menerusi sesi podcast baru-baru ini, Aqish curi tumpuan ramai kerana luahkan tentang sisi keperibadian bapanya yang agak mengejutkan.

Bukan setakat tak pernah berikan sebarang didikan agama, sebaliknya dia juga selalu melakukan kegiatan yang tidak bermoral depan isteri dan anak sendiri.

Paling menyedihkan, kejadian itu bahkan berlaku sejak aktres tersebut berusia 5 tahun lagi.

 

 

Sekian Lama Pendam, Aqish Dedahkan Perangai 'Toxic' Ayah Yang Mengejutkan Ramai 2

Aqish tak boleh yakinkan orang luar, masa tu ayah berjubah tapi mak bertatu…mungkin kami tak jaga zahir, tapi kami jaga yang batin

Meskipun banyak yang terpendam di hati, namun Aqish selalu disuruh diam oleh ibunya.

Dia juga menyedari agak sukar untuk yakinkan orang luar pada masa itu, kerana cara penampilan kedua-dua orang tuanya sangat berbeza.

Meskipun imej mereka sering dapat kritikan masyarakat, namun Aqish dan ibunya selalu menjaga bab lain termasuklah percakapan serta luahan di media sosial.

 

 

Sekian Lama Pendam, Aqish Dedahkan Perangai 'Toxic' Ayah Yang Mengejutkan Ramai 3

Dah agak mesti ada yang tak kena, Aqish ni baik sebenarnya…perit hidup aku dik

Sejurus dapat tahu betapa peritnya zaman kanak-kanak yang terpaksa dilaluinya, rata-rata netizen sedih kerana tidak menyangka ia sampai ke tahap begitu sekali.

Selain mendoakan yang terbaik untuk Aqish dan ibunya, mereka kini sudah faham mengapa personaliti Aqish kini jauh berbeza jika dibandingkan dengan dahulu.

Sekian Lama Pendam, Aqish Dedahkan Perangai 'Toxic' Ayah Yang Mengejutkan Ramai 4

Sekian Lama Pendam, Aqish Dedahkan Perangai 'Toxic' Ayah Yang Mengejutkan Ramai 5

Sekian Lama Pendam, Aqish Dedahkan Perangai 'Toxic' Ayah Yang Mengejutkan Ramai 6

Sekian Lama Pendam, Aqish Dedahkan Perangai 'Toxic' Ayah Yang Mengejutkan Ramai 7