Seketul ‘halia’ ditemui dalam buah pinggang pesakit wanita, doktor dedah puncanya

Seketul ‘halia’ ditemui dalam buah pinggang pesakit wanita, doktor dedah puncanya

 

Seorang petugas kesihatan di Indonesia mendedahkan penemuan seketul batu berbentuk halia selepas membedah seorang pesakit, lapor laman berita Liputan 6 hari ini.

Video kejadian itu dimuat naik oleh Fuji Harto Ramud dalam akaun TikToknya, @fujiassahar.

“Seorang pesakit wanita berusia 45 tahun mengadu mengalami sakit pinggang lebih dua tahun. Pengakhirannya mengejutkan saya,” demikian kapsyen pada klip video tersebut.

Menurut Fuji, wanita itu mengalami penyakit batu karang disebabkan tabiatnya yang jarang minum air dan kerap menahan membuang air kecil.

“Pesakit bekerja dalam bilik berhawa dingin. Ketika bekerja, dia sering duduk selama berjam-jam. Ini menyebabkan dia jarang minum air kerana malas berulang alik ke bilik air.

“Dia ketagih minum air tin, kerap makan makanan laut, suka benda masin dan manis. Lebih teruk apabila dia suka menahan kencing terlalu lama,” kata Fuji.

“Kebiasaan pesakit ini malah membawa dirinya ke meja bedah. Hal ini kerana tanpa dia sedari, buah pinggang kanannya telah hampir dipenuhi dengan batu karang.

“Sebelum dibedah, pesakit sempat merasa sakit yang teramat di pinggang disertai air kencing yang tidak lancar, berbau, berwarna merah dan bercampur nanah,” katanya.

Menerusi ruangan kapsyen, Fuji menjelaskan bahawa perkongsian tersebut dibuat untuk memberikan pengajaran mengenai kesihatan tubuh badan.

Fuji menunjukkan seketul batu karang berbentuk halia selepas pembedahan itu.

@fujiassahar

Ini bisa jadi pelajaran bagi kita semua bahwa yg enak tidak selamanya baik #edukasikesehatan #edukasi #kesehatan #ginjal #urology #nursesoftiktok

♬ suara asli – 99.9% – gafan.id