“Sejak 2 tahun bernikah isteri masih dara sebab suami tak pernah berjaya ‘masuk’, rupanya ketika bujang isteri pernah alami mimpi aneh, bila bangun tidur kaki terkangkang”

“Sejak 2 tahun bernikah isteri masih dara sebab suami tak pernah berjaya ‘masuk’, rupanya ketika bujang isteri pernah alami mimpi aneh, bila bangun tidur kaki terkangkang”

 

TOPIK hubungan kelamin masih tabu dalam masyarakat kita hingga menyebabkan segelintir pasangan suami isteri hidup tidak bahagia kerana malu untuk mendapatkan rawatan jika berdepan masalah.

Begitulah nasib yang menimpa pasangan ini apabila si isteri masih kekal dara ketika usia perkahwinan menginjak ke tahun kedua.

Kisah aneh melibatkan pasangan itu menjadi perhatian netizen selepas seorang pengamal perubatan Islam dikenali sebagai Alims27  berkongsi mengenainya di laman TikTok.

“Pesakit suami isteri. Suami umur 30-an, isteri akhir 20-an. Sudah dua tahun berumah tangga, mengadu sejak nikah masih tidak pernah sekalipun berjaya ‘bersama’ kerana isteri seolah-olah terhalang daripada dimasuki.

“Telah berjumpa doktor pakar dan keadaan suami adalah normal dan isteri juga tiada sebarang penyakit yang menyebabkan halangan. Keadaan fizikal isteri juga normal seperti wanita lain,” ujar pengamal perubatan itu.

Ketika proses rawatan, wanita itu mendedahkan dia sering didatangi mimpi aneh ketika zaman bujang, dipercayai ada kaitan dengan gangguan jin.

“Setelah disoal siasat, si isteri menceritakan semasa bujang kerap mimpi ‘bersama’ dengan seseorang yang tidak dikenali. Apabila terjaga daripada tidur, kerap kali kedua belah kakinya berada dalam posisi terbuka dan lutut dilipat.

“Pernah terjadi, apabila terjaga daripada tidur didapati seluar yang dipakai semasa tidur sudah tidak dipakai lagi. Semuanya berlaku tapa sedar dan tidak dapat diingati langsung bagaimana dan bila pakaiannya dibuka,” imbasnya.

Tambahnya, wanita tersebut juga menangis sepanjang doa dibacakan ketika proses rawatan, namun dia sendiri tidak dapat menjelaskan punca kesedihannya itu.

“Apabila ditanya dia sendiri tidak tahu kenapa dia menangis dan akhirnya muntah,” cerita pengamal perubatan itu lagi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai individu lain turut mendedahkan mereka berdepan situasi sama sehingga merosakkan hubungan rumah tangga.

Malah, mereka turut bertanya kepada pengamal perubatan itu tentang solusi kepada masalah dalam rumah tangga mereka.

“Ya Allah, benda ni la aku selalu mimpi sepanjang tempoh kahwin. Lalainya aku tak pergi berubat sampai dah cerai.

“Takutnya. Saya tiga tahun dah kahwin. Selalu sangat bermimpi saya bersama orang lain. Kadang mimpi suami bersama orang lain.

“Saya macam tu la. Kerap mimpi ular, mimpi bersama orang lain. Rupanya jin dan sihir ada orang hantar. Saya pergi berubat. Sakit tu hanya Allah yang tahu,” tulis beberapa netizen.

Di ruangan komen, pengamal perubatan itu turut menggesa netizen yang mempunyai masalah sama agar mencuba rawatan di mana-mana cawangan Darussyifa atau pusat-pusat rawatan Islam yang diiktiraf.

Dia turut berpesan kepada netizen agar mengamalkan bacaan surah tiga Qul sebelum tidur serta doa-doa lain untuk mengelakkan sebarang gangguan bukan-bukan.