Sedih layanan dua darjat dari pihak berkuasa, anak terkilan bila sampai kampung jasad ibu tersayang telah disemadikan
PENINGKATAN ketara kes Covid-19 dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini nyata meresahkan orang ramai apatah lagi di kala perayaan Aidilfitri yang bakal tiba kurang tiga minggu dari sekarang.
Peningkatan ini tidak lain tidak bukan sudah tentulah disebabkan oleh pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang antaranya disumbangkan oleh aktiviti rentas negeri, majlis besar-besaran dan sebagainya.
Topik ini sememangnya hangat diperkatakan ketika ini tambahan pula selepas beberapa kes melibatkan individu berpengaruh atau golongan kayangan.
Golongan ini seolah-olah ‘kebal’ daripada hukuman sekaligus menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat yang mendakwa wujud SOP dua darjat. Berikut luahan hati netizan
Salah siapa bila seorang anak terpaksa menanti di balai polis untuk dapatkan surat kebenaran merentas negeri dari jam 9 malam hingga 12 malam untuk pulang ke kampung melihat ibunya yang sedang nazak. Alasannya dikata untuk pulang bersuka di Kampung.
Salah siapa bila pihak hospital tak mahu bagi kerjasama untuk keluarkan surat mengatakan seseorang sedang bertarung dengan kesakitan agar anak-anak dapat mengemukakan bukti pada pihak polis
Kekesalan lebih lagi apabila dapat kebenaran setelah kematian disahkan dan surat mati dikeluarkan. Apabila sampai ke kampung jasad telah disemadikan.
Rakyat juga yg salah. Kenapa tak ikut sop, sedangkan golongan bangsawan diberi kelonggaran.
Aku suarakan keterkilanan dengan prosedur pihak yang berkuasa bermula dengan kerajaan dan kegagalan sistem yang ada. Tapi siapalah aku.
Kredit: Izan Yahya
Rata-rata netizan turut berkongsi pengalaman yang hampir serupa
“Terjadi pd Aku awal Bulan april ni..abang ipar meninggal.. time nazak dah cakap Kat adik beradik kalau blh balik, balik la. Tapi pergi balai tak lepas nak balik. Last sampi meninggal abg ipar beradik lain pergi balai nak mohon balik..tapi balai cakap nak Surat mati dulu. Last surat mati dah dapat baru la balai bagi rentas negeri. Bila adik beradik dah balik jenazah pon tak sempat tengok hanya tengok kubur ja la. Itu abang ipar, bayangkan kalau mak ayah macam Mana? Dah lama tak balik last sampi kg hnya dpt tengok sebujur tubuh yg tak bernyawa lagi..apa rasa? Sedihh beb tambah² anak bujang diperantauan.. tapi bangsa kayangan?
“Kenalan aku waktu PKP 1.0 dia redah balik sorang2 juga balik dari shah alam sebab mak tengah nazak di hospital. Setiap kali roadblock dia video call ayah dia untuk tunjuk bukti mak tengah naz4k. Selamat sampai ke perlis, sempat cium ibu, dan ibu pun pergi… semalam sorang lagi kawan, balik ke Sabah sebab ayah meninggal. Meninggal baru boleh balik. Sakit tak boleh balik..
Haritu ada juga kelonggaran boleh balik kalau parent warded. Tapi kalau kau datang dari redzone, memang tak boleh masuk ward untuk ziarah. Risiko tinggi. Allahu.. moga ibu bapa yang berjauhan dari anak2 diberi kesihatan dan kekuatan untuk harungi taun yg penuh mencabar ni.
“Saya sudah melalui nya tahun lepas pegi pukul 6ptg setelah dpt panggilan adik mengatakan ayah nazak. Tapi polis tak bagi kebenaran balik dgn alasan kaunter sampai pukul 4ptg shj kecuali kematian. Dapat panggilan ayah meninggal pukul 9malam, pegi semula balai polis, hanya benarkan saya & suami shj. Anak yg berumur 7 tahun & 15 tahun suruh tinggal dirumah sendirian puas kami pujuk polis tu dekat 1 jam. Bulan puasa time tu, tak sampai hati nak tinggal kan anak-anak sendirian.