Security guard maut, rakan cedera ditembak berhampiran Hong Leong bank

Security guard maut, rakan cedera ditembak berhampiran Hong Leong bank

 

Pengawal keselamatan maut, manakala rakannya cedera ditembak berhampiran sebuah bank di Puchong Prima di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, siasatan awal mendapati kedua pengawal keselamatan berkenaan dipercayai sedang mengawal van keselamatan yang membawa sejumlah wang tunai.

“Bagaimanapun, suspek yang menembak kedua mangsa berjaya meloloskan diri,” katanya.

Menurutnya, siasatan masih dijalankan sama ada kedua-dua mangsa hendak mengambil wang dari bank atau mengeluarkan wang dari van untuk dibawa ke bank berkenaan.

Berita lanjut menyusul