“Sebenarnya apa yang dia cakap betul..” – Tular warga asing mengaku buat solat Zohor 12 rakaat, ustaz tampil beri penjelasan
Baru-baru ini, tular satu video mempamerkan seorang lelaki warga asing yang menjawab tentang berapa rakaat bagi setiap solat fardhu dan ia telah meraih perhatian warganet.
Individu yang bertanya kepadanya itu terkejut apabila warga asing berkenaan menjawab jumlah rakaat yang dilakukannya malah ada yang sehingga berbelas rakaat.
Jawapan yang diberikan olehnya, solat Subuh empat rakaat, Zohor 12 rakaat, Asar empat rakaat, Maghrib pula sebanyak lima rakaat manakala Isyak 17 rakaat.
Bagaimanapun, seorang lelaki tampil memberikan penjelasan lanjut selepas video tersebut tular di media sosial dan ramai yang mentertawakan warga asing terbabit.
Katanya, jawapan diberikan warga asing itu tidak salah kerana ia benar mengikut Mazhab Hanafi di mana mereka mengerjakan solat sunat rawatib itu seperti ia wajib.
Mereka tidak pernah tinggalkan Rawatib, mereka tidak pernah meninggalkan Qabliyah dan juga Ba’diyah termasuklah solat sunat witir.
Sebab itu brother ini sebut Subuh empat rakaat, bermaksud Subuh dua rakaat dan digabungakan dengan dua rakaat Qabliyah Subuh.
@akhiameer Sapa yang salah sebenarnya? #solat #mazhab #hanafi #syafie #maliki #hanbali #pakistan #bangladesh #india #tiktokguru #fyp #fypシ #fypシ゚viral
Di dalam video di atas, penjelasan itu berkait dengan gabungan rakaat dalam solat sunat dan solat fardhu. Sebab itulah bilangannya berlainan dan banyak.
Kita di Malaysia berpegang kepada Mazhab Shafie, berlainan dengan Mazhab Hambali yang banyak dipraktikkan di negara Asia Selatan seperti India, Pakistan, Bangladesh dan berdekatan dengannya.
Allahu banyak betul rakaat dalam sehari. Kalau dikira ni ada dalam 42 rakaat juga sehari. Hebat betul amalannya.
Min pun mula-mula keliru. Tapi dan teringat Mazhab Hambali, baru sedar memang kiraanya lain. Tapi tetap 5 waktu dan bilangan rakaat yang wajibnya sama. Cuma dikira sekali dengan solat sunat.
Itu lah kan. Hebat sungguh amalan orang lain. Memang bukan tempat kira untuk bandingkan amalan orang lain. Siapalah kita di dunia ini melainkan hanya hamba-Nya.