Sebelum sah berpisah, ini kata-kata akhir si suami, “Untuk senangkan semua pihak”

Barangkali semalam merupakan antara hari paling sedih bagi mereka yang sering mengikuti perkembangan pasangan, Siti Rohayu dan juga suaminya.
Mana taknya selepas menjaga dan merawat lelaki tersebut dari terlantar di atas katil sehinggalah boleh berjalan, siapa sangka mereka berdua akhirnya telah umumkan rasmi berpisah.
Dah sayang kenapa nak berpisah?
Ketika dalam perjalanan untuk ke Mahkamah Syariah Daerah Besut, pasangan tersebut dilihat sempat lagi melakukan sesi live bersama.
Ketika ditanya kenapakah keputusan sedemikian diambil, lelaki berkenaan yang senang dipanggil Abi itu menjawab perpisahan itu adalah untuk senangkan dan jaga hati semua pihak.
Berat hati untuk meluahkan namun jelasnya lagi terpaksa jua melepaskan satu ikatan yang sah.
@bungacintasaya sebelum berpisah. ini kata² aby.. 🥺#abi #umi #sitirohayu #tiktokmalaysia #foryou #trending #fyp #love #feelings
Abi pun akui setiap kebaikan Umy…Terlajak baik…Tapi ini yang terbaik untuk Umy dan Abi
Dalam pada itu, Ayu atau mesra digelar Umy tahu keputusan diambil sudah tentu bakal dikecam ramai pihak yang tidak tahu akan keadaan sebenar, namun ini adalah paling terbaik.
Baginya sehingga ke hari ini, dia sudah melakukan segala tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan cukup baik dan turut diakui oleh Abi di sebelah.
@deevalovva Replying to @Nor Fadzilah Ada hikmah disebalik kejadian.kita mendoakan yg baik2.hati seorang perempuan #sitirohayu #rohayu #mogatabahlaluisegalanya
Tenangkan hatiku, semoga aku mampu kuat demi anak-anak…Tak mampu lagi nak sembunyikan air mata ini
Dalam update terbaru di Facebook Umy, wanita itu akui cukup susah untuk melelapkan pasca perpisahannya dengan suami. Malah anak keduanya, Eqy sudah mula bertanyakan macam-macam selepas ternampak sedutan live wajah wanita itu di TikTok.