“Sebelah skrin paparan Quran, sebelah lagi terkinja-kinja” – Ustaz Tido tular lagi

Seorang ustaz TikTok tular lagi apabila kali ini video menari sambil mengajar mengaji menjadi perdebatan di media sosial selepas rakaman dia meminta wanita membuka kamera sewaktu live membetulkan bacaan al-Fatihah bagi melihat gerakan bibir.
Menerusi perkongsian pengguna X dikenali sebagai Sarah, dia merasakan kurang senang apabila ‘ustaz’ terbabit mengajar mengaji dan membuka muzik rancak sambil menari selepas mengetahui siaran langsungnya ditonton ramai orang.
Lebih membuatkan ramai tidak selesa adalah paparan skrin ayat al-Quran berada disebelahnya yang menari-nari mengikut muzik yang diputarkan.
Dalam hantaran yang dibuat pengguna X itu, dia berharap agar golongan agamawan atau pihak-pihak tertentu dapat campur tangan kerana ia melibatkan nama baik Islam.
“I’m sorry tapi perangai mcm ni sgt terkutuk. Sblh skrin paparan Quran, sebelah lagi terkinja2. Benda ni susah, tapi aku harap dapat campur tgn phk berkuasa, kalau blh buat polisi tapis influencer agama, tolonglah buat,” tulisnya.
Perkara tersebut telah mendapat perhatian netizen di media sosial dan rata-rata meninggalkan komen bersetuju dengan Sarah.
Mereka merasakan bahawa tindakan sebegitu amat memalukan kerana boleh memberi kesan tidak baik kepada golongan muda yang mengikuti siaran langsung berkenaan.
Terdahulu, ‘ustaz’ berkenaan telah menjadi perbualan di media sosial susulan meminta seorang wanita yang bersiaran langsung dengannya untuk membuka kamera dengan alasan mahu melihat gerakan bibir sewaktu membetulkan bacaan al-Fatihah.
Hal tersebut menjadi persoalan netizen kerana merasakan tindakan tersebut berlebihan memandangkan individu yang diminta untuk membuka kamera adalah wanita.