Scammer gila seks! Uji ‘kematangan’ badan untuk menang iphone percuma
TAKTIK penipuan dalam talian melibatkan telefon pintar Apple, iPhone bukan perkara baharu di negara ini.
Sebelum ini, wujud sindiket yang menjual telefon pintar berkenaan dengan harga ‘tidak masuk akal’ di media sosial.
Malahan baru-baru ini, rata-rata pengguna Instagram khususnya mengadu ada sindiket menghantar mesej melalui ruangan komen mereka bahawa ‘kononnya’ memenangi iPhone.
Majoriti turut menerima mesej serupa beberapa kali baru-baru ini.
Tidak cukup dengan taktik sedemikian, seorang pengguna Twitter, @ketengahketepi menerusi ciapannya pada Sabtu mendedahkan ada individu cuba menawarkan iPhone secara percuma dengan meletakkan ‘syarat’ tertentu.
Berdasarkan perkongsian pengguna itu, syarat diletakkan oleh ‘scammer’ itu adalah ‘perlu membuat ujian kematangan badan’ untuk memenangi iPhone percuma.
Pengguna itu turut berkongsi ada mangsa yang ‘terkena’ dengan taktik ‘scammer’ berkenaan dan cuba meminta bantuan daripadanya.
Mangsa dikatakan merupakan gadis bawah umur dan menerusi ruangan komen, mangsa tersebut sudah membuat laporan polis.