“Saya terkejut & marah..” – Ibu bapa kritik guru ambil cuti 7 hari untuk melancong ke luar negara

“Saya terkejut & marah..” – Ibu bapa kritik guru ambil cuti 7 hari untuk melancong ke luar negara

 

Kadang-kala, kita yang sudah bekerja ini mahu mengambil cuti tahunan untuk berehat seketika dari kesibukan harian.

Namun, ada sebahagian individu yang kurang senang melihat kita pergi bercuti kerana disangka melarikan diri daripada tanggungjawab pula.

Seorang guru sekolah rendah dikritik teruk oleh ibu bapa di media sosial dek kerana mengambil cuti sewaktu sesi persekolahan untuk melancong ke luar negara.

Ibu bapa kepada pelajar sekolah di SS2, Petaling Jaya dengan identiti tanpa nama mengadu tentang seorang guru di kumpulan komuniti Facebook, Forum Pemantauan Yuran SJK(C).

“Saya ada soalan nak tanya. Pada bulan lepas, anak saya pulang memberitahu guru kelasnya tidak datang ke sekolah kerana melancong ke luar negara, tetapi saya memberitahunya ia tidak boleh, tiada guru akan ke luar negara semasa hari persekolahan,” tulis ibu bapa itu.

“Namun, pada suatu hari, semasa saya melayari telefon saya, saya terkejut melihat wajah yang dikenali! Dan dalam foto itu, dia (guru) berada di luar negara! Saya tidak percaya mata saya.

“Saya benar-benar ingin tahu bolehkah sekolah meluluskan guru melancong ke luar negara pada hari bekerja?” tanya ibu bapa itu.

Dalam pada itu, ibu bapa juga tertanya-tanya bagaimana guru boleh dibenarkan memegang kerja sambilan, di samping mempersoalkan dedikasi guru terhadap kerja utamanya.

“Guru itu berada jauh di Paris sebagai sebahagian daripada promosi syarikat pelancongan dan menyiarkannya secara terbuka di media sosial!

“Adakah dia tidak takut bahawa sesetengah ibu bapa akan melihat ini? Saya benar-benar kecewa dan marah,” kata ibu bapa itu.

Bahkan, mereka merasa seperti tidak percaya bahawa guru tersebut telah memohon cuti tujuh hari bekerja yang dikira cukup lama untuk percutian ke Paris itu.

Hantaran Facebook itu telah menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna medai sosial di Facebook.

Sementara ada yang bersetuju dengan keluhan ibu bapa di hantaran, majoriti lain pula mengatakan tindakan ini munasabah untuk guru mengambil cuti dan melakukan perkara yang diinginkan.

Ramai yang bersimpati dengan guru tersebut yang dituduh mencuri tulang walhal setiap individu yang bekerja mempunyai hak untuk mengambil cuti yang sudah diperuntukkan mengikut Akta Kerja 1995.

Adik bongsu kepada guru wanita itu lantas mempertahankan tindakan tersebut yang mana dia mendakwa kakaknya sudah membuat perancangan rapi sebelum pergi bercuti malah melantik guru ganti dengan wang sendiri sewaktu ketiadaannya.

“Sepanjang 10 tahun dia bekerja sebagai guru, ini kali pertama dia memohon cuti tujuh hari untuk melancong ke luar negara. Perlukah kamu begitu tidak bersimpati dengan perjalanan bulan madu adik saya dengan suaminya selepas bertahun-tahun berkahwin?” katanya.

Chew juga berhujah bahawa kakaknya seorang yang berkerja keras kerana sanggup melakukan kerja tambahan dalam mencari nafkah untuk menyara anak-anaknya dan ibu bapa mereka yang semakin tua.

Malah, dia mendakwa kakaknya menjadi lebih yakin untuk mengajar selepas mewarisi skil perniagaan jualan langsung daripada ibu mereka yang sudah bersara.

“Tolong jangan berikan tekanan tanpa belas kasihan ini kepada adik saya dan biarkan ini pergi,” pintanya.