“Saya takut anak itu akan lalui sama seperti kakak dia” – Wanita terpaksa gugur anak ke-3 lepas tahu suami pedofilia

“Saya takut anak itu akan lalui sama seperti kakak dia” – Wanita terpaksa gugur anak ke-3 lepas tahu suami pedofilia

 

Seorang wanita terpaksa menggugurkan kandungan apabila mengetahui suaminya adalah seorang pedofilia.

Menerusi sesi panggilan telefon di radio Zayan, seorang wanita yang dikenali sebagai Nur mendedahkan bahawa suaminya pernah melakukan perkara yang tidak bermoral kepada anak sulungnya sehingga menyebabkan trauma.

Penghujung tahun 2021, saya disahkan mengandung anak ketiga. Dalam tahun yang sama, berlaku trauma yang besar di dalam hidup saya.

Anak pertama saya (perempuan), beritahu satu perkara yang mengejutkan saya, yang mana saya dapat tahu suami saya seorang pedofilia.

Ketika itu saya sangat tertekan sebab perkara itu tidak dijangka dan berlaku kepada anak perempuan saya.

Rentetan itu, selepas mendapat nasihat pakar, Nur terpaksa mengambil keputusan untuk menggugurkan kandungan kerana risau anak tersebut akan menjadi mangsa pemuas nafsu suaminya sendiri.

Bila saya tahu saya mengandung, saya tak boleh terima keadaan itu. Disebabkan trauma yang besar itu, saya ambil keputusan untuk tak mahu ada anak lagi.

Saya jumpa doktor dan minta nasihat. Doktor saya nasihatkan supaya saya gugurkan kandung itu. Sebab masa saya dapat tahu, kandungan saya masih baru..dalam dua minggu.

Dalam keadaan tertekan, saya ambil keputusan untuk terus gugurkan kandungan. Sebab saya takut, anak itu akan lalui apa yang kakak dia lalui.

@zayan.my

Allahuakbar.. Luluh hati apabila mendengarkan penderiataan Nur yang terpaksa gugurkan anak kerana berhadapan suami yang Pedofilia dan pernah melakukan perkara yang tidak baik pada anak sulungnya. #ZAYANshare #SembangDeep #FynnJamal #Suami #Anak #Isteri #Rumahtangga #fypシ゚viral #fyp

♬ original sound – ZAYAN – ZAYAN

Bagaimanapun, ibu kepada dua orang anak itu mengakui dia masih lagi bersama suaminya dan membantu lelaki tersebut dengan mendapatkan rawatan di hospital.

Saya masih dengan suami. Bila berlaku perkara itu saya berbincang dengan keluarga. Sebab suami saya bukan seorang yang jahat. Dia tak pernah abai tanggungjawab.

Bila berlaku masalah macam ni, saya bersetuju dengan keluarga untuk bagi rawatan di hospital.

Saya seorang suri rumah, saya uruskan A sampai Z. Emosi saya terlalu penat. Bila saya keluar dengan anak-anak orang ingat saya janda. Emosi saya penat bila orang cakap kenapa tak tambah anak.

Tindakan Nur yang tetap mempertahankan rumah tangganya itu mengejutkan ketiga-tiga penyampai radio tersebut dan juga warganet.

Menurut mereka, tindakan Nur adalah tidak wajar kerana dia seharusnya melindungi anak perempuannya daripada suami.

@zayan.my

Replying to @Insyirah InsyaAllah, respond kak Fynn berkenaan isu Nur yang berhadapan dengan suami Pedofilia 😢🍃 #ZAYANshare #SembangDeep #FynnJamal #Anak #Mak #Ayah #Suami #Isteri #Keluarga #fypシ゚viral #fyp

♬ original sound – ZAYAN – ZAYAN