“Saya tak sakit, yang tebal ni lemak” – Dah buat ‘check-up’ dua kali, Leona annoying ditegur mengenai leher

“Saya tak sakit, yang tebal ni lemak” – Dah buat ‘check-up’ dua kali, Leona annoying ditegur mengenai leher

 

Pempengaruh, Leona rimas orang asyik komen tentang tiroid setiap kali melihat leher serta matanya kerana beranggapan bahawa gadis terbabit mengalami masalah di bahagian tersebut.

Menerusi posting yang dibuat pemilik nama sebenar, Kasih Iris Leona, mengatakan yang dia sudah membuat pemeriksaan kesihatan dan keputusannya semua dalam keadaan baik.

“Ini adalah yang terakhir saya mahu bercakap tentang ini (tiroid). Sejujurnya ini adalah privasi saya tetapi kalian tetap komen tentang perkara itu. “

Untuk pengetahuan, saya sudah buat pemeriksaan kesihatan. Bukan sekali tetapi dua kali. Untuk yang pertama saya buat full blood test dan keputusan adalah bersih (tiada tiroid).

“Kemudian kalian masih bercakap, saya pergi lagi hospital dan saya buat sekali lagi pemeriksaan. Keputusan masih sama, bersih,” jelasnya.

@leonathe2nd

♬ original sound – le yoooooooo na – le yoooooooo na

Ujarnya, dia telah membuat pemeriksaan selama dua kali serta melakukan ultrasound dan mendapati saiz tiroidnya dalam keadaan normal.

Jelasnya, apa yang dilihat netizen itu adalah lemak dan bukannya dia dalam keadaan sakit.

“Tidak hanya itu, saya juga buat ultrasound dan tiroid saya adalah saiz normal. Yang tebal itu adalah lemak! Saya tidak sakit, tetapi itu adalah lemak. Saya juga nak beritahu, mata saya bukan sakit atau bengkak, tetapi ia besar,” katanya.

Jadi, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu meminta orang ramai berhenti bercakap mengenai fizikal dirinya kerana dia berasa rimas dan terganggu memandangkan tubuh badan adalah hak privasi.

Walau bagaimanapun, Leona sempat mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang prihatin dengan kesihatannya namun merasakan tindakan tersebut agak biadap lebih-lebih lagi bercakap mengenai penampilan orang lain.

“Oleh itu, tolong berhenti bercakap tentang tiroid. Agak annoying bila kalian ambil kisah tentang kesihatan saya sedangkan saya tahu saya dalam keadaan baik-baik sahaja.

“Saya tidak perlu justikasikan perkara itu kepada kalian kerana itu adalah privasi saya dan ini adalah badan saya.

“Terima kasih kerana ambil berat tetapi itu agak biadab berikan komen tentang badan orang lain okay,” kongsinya.

Terdahulu, fizikal Leona kerap menjadi perbualan di media sosial kerana ada salah satu komen di video perkongsiannya menyentuh perihal leher dan mata pempengaruh berkenaan yang dikatakan seperti mempunyai simptom penyakit melibatkan tiroid.