“Saya tak faham..” – Pelancong Mat Saleh pelik London bandar terkaya tiada monorel, tapi di Malaysia ada

“Saya tak faham..” – Pelancong Mat Saleh pelik London bandar terkaya tiada monorel, tapi di Malaysia ada

 

Salah satu kelebihan yang ada di tengah bandar Kuala Lumpur adalah kemudahan pengangkutan awam seperti monorel. Selain rakyat Malaysia, monorel juga sangat berguna untuk pelancong asing yang mahu bersiar-siar di ibu kota.

Pun begitu, seorang pelancong asing yang datang ke Malaysia mempersoalkan kenapa di bandar London tiada kemudahan monorel. Dia memuat naik video pendapatnya itu di TikTok @justrolliwithme.

Menurutnya, London merupakan bandar terkaya di benua Eropah tetapi ‘tidak mampu’ melabur untuk kemudahan awam seperti monorel.

Saya tak faham kenapa negara dan bandar seperti London yang terkaya di benua Eropah, tak boleh melabur untuk monorel? Tolonglah.. belanjakan wang dengan baik.

Seperti yang kita tahu, stesen monorel di Malaysia memfokuskan beberapa tempat tumpuan pelancong seperti KL Sentral, Bukit Bintang, Hang Tuah, Imbi dan Chow Kit. Terdapat juga beberapa pusat beli belah yang berhubung dengan stesen monorel tersebut.

Selain itu, ada stesen monorel dijadikan tempat transit bagi beberapa kemudahan awam yang lain contohnya, stesen LRT, MRT dan komuter. Secara tidak langsung, pengguna juga dapat ke sana sini dengan berjalan kaki dan menjimatkan masa.

@justrolliwithme

♬ Summer – Instrumental – Devinney

Di ruangan komen, ramai netizen bersetuju dengan kemudahan monorel yang ada di bandar Kuala Lumpur. Segelintir daripada mereka yang pernah melancong ke London turut mengakui kemudahan di Malaysia jauh lebih efisien.

Monorel 1

Monorel 4 Monorel 2

Selain itu, pemilik video juga memberitahu sistem pengangkutan di London tidak begitu baik dan menyusahkan rakyat.

Monorel 3