“Saya tak boleh garang sangat” – Bapa mengaku silap, tapi reaksi Siti Dhia mohon maaf buat netizen geram

“Saya tak boleh garang sangat” – Bapa mengaku silap, tapi reaksi Siti Dhia mohon maaf buat netizen geram

 

Baru-baru ini, hangat di media sosial mengenai berita kehilangan seorang remaja 12 tahun sejak 12 Mac lalu. Bagaimanapun, setelah beberapa hari, remaja tersebut telah ditemui.

Difahamkan adik Siti Dhia Batrisyia Chairil Anwar ditemui bersendirian di belakang sebuah kedai mamak dan dia dijumpai oleh individu lain.

Susulan itu, dalam satu video temuduga bersama @Scoopdotmy, si ayah meluahkan rasa syukur apanila puterinya itu akhirnya ditemui dengan usaha dan berkat doa orang ramai.

Jelas Mohd Chairil Anuar Mahmud lagi, dia akan cuba mengawal ketegasannya dengan anak-anak bahkan dia nasihatkan kepada orang ramai dan dirinya sendiri agar layan anak seperti kawan, tak perlu terlalu lembut dan tak perlu terlalu tegas.

“Bila saya tegas sangat, garang sangat dengan anak, jadi macam ni lah, saya tak nak berulang lagi, kalau ada apa-apa kena bawa berbincang.”

@scoopdotmy

‘Saya tak boleh garang sangat, nak kena buat macam kawan’ demikian janji Mohd Chairil Anuar Mahmud selepas anaknya, Siti Dhia Batrisyia ditemui. #dhiabatrisyia #kanakkanakhilang #srirampai #beritatiktok #beritaviral #newsattiktok #trendingnewsmalaysia

♬ original sound – Scoopdotmy – Scoopdotmy

Dalam pada itu, adik Siti Dhia pula menjelaskan punca kenapa dia tidak mahu pulang, katanya dia ponteng bersebab, namun bimbang ibu ayah akan memarahinya dan itu akan jadi penyebab dia rasa takut dan keluar dari rumah.

Adik Siti Dhia juga turut memohon maaf kepada orang ramai atas tindakannya yang telah menimbulkan kekecohan dan kebimbangan orang ramai.

Biarpun segala persoalan terjawab dan keluarga telah memberikan penjelasan, dilihat ada netizen yang kurang gemar apabila menonton video ini.

Remaja 12 Tahun Hilang Mohon Maaf Remaja 12 Tahun Hilang Mohon Maaf 2 Remaja 12 Tahun Hilang Mohon Maaf 3 Remaja 12 Tahun Hilang Mohon Maaf 4