“Saya tak berniat nak sakitkan dia” – Remaja ‘tertolak’ rakan dari jambatan setinggi 60 kaki hingga patah tulang rusuk

“Saya tak berniat nak sakitkan dia” – Remaja ‘tertolak’ rakan dari jambatan setinggi 60 kaki hingga patah tulang rusuk

Ni lah namanya kawan makan kawan. Depan lain belakang lain, tunggu peluang je dia nak balas dendam.

Seorang remaja berusia 19 tahun dihukum penjara dua hari dan dikehendaki melakukan kerja-kerja pembersihan selama 38 hari. (nakarammmm 2hari penjara dgan 38hari buat pembersihan alam je ? naannii ?!!!))

Tay’lor Smith, mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Daerah Darvin Zimmerman kerana menolak rakannya, Jordan Holgerson, 16, dari sebuah jambatan di Moulton Timur Laut Vancouver.

Ni apa yang dikatakan oleh Jordan setelah dia sembuh di Mahkamah.

Daily Mail melaporkan ketika itu mereka berdiri di atas jambatan di sebuah kawasan riadah terkenal.

Disebabkan itu Jordan yang ditolak dari ketinggian 15 meter mengalami paru-paru rosak, patah tulang rusuk dan lebam di badan.

Dalam rakaman video yang tular itu, Tay’lor dilihat sengaja menolak mangsa.

Ketika kenyataan dibacakan di hadapan hakim Jordan menangis yang menyatakan dia ketakutan ketika ditolak dan hanya membayangkan akan mati semasa terjatuh ke dalam air.

Tay’lor mengaku bersalah dan merayu hukuman diringankan kerana melakukannya secara tidak sengaja.

Justice apakah ini rakan-rakan ? Dia sempat buat kuku and pakai make up yuolllsss 💅🏻 Tiada yang tak sengaja dalam kes ni semuanya telah dirakam dan dia mmg tolak Jordan tu.

Moral of the story, semua hubungan perlu ada batas. Tak kira la kawan baik ke tak baik ke perlu ada batas. Selalunya yang terpaling baik ni la yang selalu tikam belakang. kita tak tahu apa ada dalam hati seseorangan. Bersederhana la dalam semua perkara.

The End

Sumber: @Amrlamnnn