“Saya tak berniat nak fitnah..” – Individu tuduh Izara Aishah masuk kelab malam selepas berhijrah tampil mohon maaf

“Saya tak berniat nak fitnah..” – Individu tuduh Izara Aishah masuk kelab malam selepas berhijrah tampil mohon maaf

 

Pelakon cantik, Izara Aishah tepek bukti sahih apabila ada pihak menfitnahnya memasuki kelab malam selepas ‘berhijrah’ di media sosial.

Dia menegaskan bahawa ciapan yang dibuat pengguna X itu sangat tidak berasas memandangkan tempoh waktu yang dinyatakan adalah tahun lalu dimana dia sedang hamil anak kedua.

Susulan daripada itu, Izara telah memuat naik ciapan mengatakan yang dia menghadiri majlis pembukaan sebuah restoran ketika itu dan sedang hamil lapan bulan.

Jadi, apa yang dinyatakan netizen tersebut sama sekali fitnah dan boleh menjejaskan reputasinya.

Mengetahui bahawa ciapan tersebut sudah dipadam, selebriti berkenaan mengatakan tidak perlu menghilangkan fitnah tersebut kerana dia sudahpun membuat tangkapan layar ciapan yang dilakukan tanpa sebarang usul periksa itu.

Izara aishah tepek bukti sahih

Tidak lama selepas itu, individu yang menyebarkan fitnah terhadap pemilik nama sebenar Izara Aishah binti Hisham itu telah membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengatakan tidak berniat mahu menyebarkan perkara tidak betul kepada orang lain.

Ujarnya, dia telah memuat ciapan tersebut tanpa mengetahui hal sebenar dan benar-benar memohpn maaf di atas keterlanjurannya.

Hi Izara, saya ingin membuat permohonan maaf secara terbuka mengenai ‘tweet’ saya yang di buat pada 19 Mac 2024.

Saya tidak berniat untuk memfitnah atau merosakkan reputasi anda. Tweet itu di tulis tanpa saya mengetahui perkara sebenar yang berlaku. Saya dengan rendah diri meminta maaf.

Izara aishah tepek bukti sahih

Dalam pada itu, pelakon berusia 32 tahun berkenaan juga turut memuat naik satu lagi fitnah di media sosial tentang dirinya yang mengatakan mengenali selebriti itu sejak masih belajar di ASWARA.

Jelas Izara ringkas, dia sama sekali tidak pernah belajar di institut pengajian tinggi tersebut sebelum ini.

Izara aishah tepek bukti sahih

Untuk rekod, bekas peserta Dewi Remaja 2009/2010 ini telah mengambil keputusan untuk berhijab pada 2021 apabila memadam semua gambarnya yang tidak bertudung di media sosial.

Sejak dari itu, dia dilihat jarang muncul di kaca televisyen namun masih lagi rajin berinteraksi dengan peminat di media sosial selepas bergelar ibu kepada dua orang cahaya mata.