“Saya salute dengan dia & berharap..” – Isu babak makam Rasulullah, Ustazah Asma’ dedah DM Janna Nick

“Saya salute dengan dia & berharap..” – Isu babak makam Rasulullah, Ustazah Asma’ dedah DM Janna Nick

 

Selepas menerima banyak pertikaian, pendakwah Asma’ Harun menjelaskan bahawa pelakon Janna Nick ada hubunginya.

Asma’ memuji sikap pelakon tersebut kerana Janna disifatkan sebagai seorang yang matang biarpun namanya kini sedang terpalit dengan kontroversi drama Surat Dari Tuhan.

Kata Asma’, mesej yang dia terima itu selepas teguran terhadap produksi drama itu susulan dengan satu babak yang dianggap tidak bersesuaian di hadapan makam Rasulullah S.A.W di Masjid Nabawi, Madinah.

Jelasnya biarpun kini berada dalam keadaan tertekan Janna Nick masih mampu menghantar mesej kepadanya dengan menggunakan kata-kata berhemah.

“Saya salute dengan dia dan berharap ramai lagi artis yang boleh ikut cara dia menguruskan konflik.”

“Saya terima DM di Instagram daripada Janna, dia mengirimkan mesej dengan baik dan berhemah. Daripada situ saya rasa bagus dan hebatnya Janna.”

“Dalam keadaan sedang tertekan dengan apa berlaku, dia masih boleh menulis dan menyusun kata-kata sangat berhemah kepada saya.”

Namun begitu, Asma’ menjelaskan kepada Janna bahawa teguran yang dibuat itu lebih ditujukan kepada pihak produksi bukan pelakon semata-mata.

Dalam masa yang sama, Asma’ sedar peranannya sebagai seorang pelakon dan hanya mengikut arahan.

Asma’ juga ada menasihati Janna agar lebih peka dan berhati-hati dalam memilih skrip lakonan selepas ini.