“Saya reda dengan fitnah” – Dituduh patahkan kunci kereta pelanggan, pemilik carwash tampil bersuara

Jika sebelum ini pemilik kereta Proton Exora menjelaskan situasi dari pihaknya, kini giliran pemilik pusat cuci kereta pula bersuara.
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) January 15, 2024
Jelasnya, dia hilang sabar kerana diancam oleh pelanggan terbabit. Tambahan pula, video tersebut bukanlah video penuh menunjukkan situasi pada hari kejadian.

Jadi, dia meminta maaf kerana bersikap kurang sopan. Namun, dia tetap bertegas dengan pendirian tidak mematahkan kunci kereta pelanggan.
Video penjelasan pelanggan
Terdahulu, pemilik kereta Proton Exora tampil menjelaskan situasi sebenar berkenaan video viral menunjukkan dia dan pemilik pusat cuci kereta bertekak disebabkan kunci kereta yang patah.
Katanya, mereka datang semula ke kedai bukan untuk menuduh pemilik carwash tetapi mahukan kepastian dan meminta tolong.
Tetapi katanya, suasana bertukar tegang apabila pemilik carwash menyangka pihaknya dipersalahkan.