“Saya mmg kecewa kerana ditipu, suruh duduk di luar bandar, jaga anak sedangkan dia bermewah hidup di bandar dan sempat kahwin lagi, itu yg buat rasa benci saya pada dia mcm air masak mendidih”

“Saya mmg kecewa kerana ditipu, suruh duduk di luar bandar, jaga anak sedangkan dia bermewah hidup di bandar dan sempat kahwin lagi, itu yg buat rasa benci saya pada dia mcm air masak mendidih”

 

SEBAIK sahaja saya mendapat berita bahawa saya hendak dilamar. Dalam fikiran saya tergambar tanggungjawab berat lagi besar yang saya terpaksa pikul sama ada saya suka atau tidak. Keluarga dah tentukan.

Emak pulak pesan, kahwin bukan untuk setahun dua, kalau boleh hingga ke akhir hayat, jadi kau mesti jaga diri dan maruah keluarga. Mesti taat pada suami. Memang saya tiada pilihan, tinggal di bawah jagaan keluarga, taraf pelajaran pun hingga SPM apa lagi yang hendak saya kejar dalam hidup ini selain taat pada Allah dan suami.

Saya rasa bertuah kahwin dengan lelaki yang saya tahu, walaupun bukan yang saya kekal rapat, kerana dia anak majikan tempat saya bekerja, dan saya adalah menantu pilihan mertua. Mungkin kerana saya bekerja dengan mereka sebagai guru tadika, sementara suami tenaga pengajar sambilan mengajar Al quran, selain bantu ayahnya menguruskan sekolah tersebut.

Walaupun duduk berasing dengan mertua, tetapi rumah kami dekat, jadi hidup saya bersama suami memang aman, bahagia. Hinggalah selepas melahirkan anak ketiga, suami bawa saya pindah ke daerah lain, katanya ingin berdikari dan mertua baik buatkan rumah khas untuk kami di samping usahakan tadika sendiri selain ajar anak – anak sekolah mengaji al Quran.

Ketika menguruskan tadika dan kelas mengaji sendirian itulah saya dapat rasa pegang duit sendiri. Tetapi untuk sementara, bila suami balik saya serahkan semua duit pada dia, termasuk duit yuran pelajar, katanya duit itu semua untuk keluarga. Saya cuma pegang sementara. Baiklah.

Tetapi yang pelik bin ajaib sejak pindah ke tempat baru, per4ngai Farhan banyak berubah, agaknya tiada ayah dan ibunya yang bertanyakan dirinya jika dia selalu tak balik rumah. Saya tak boleh tanya alasannya dia cari kerja luar sebab anak dah bertambah ramai, duit yang saya kumpul tak cukup. Saya diam.

Awalnya 2 atau 3 hari dalam seminggu dia tak balik, kemudian meningkat sebulan terus tak balik, akhirnya 2 atau 3 baru sekali balik. Alasannya tempat kerja jauh, susah nak balik, memang lah saya percaya. Jadi hiduplah saya dengan anak – anak selain anak anak bimbingan yang datang setiap hari membuat saya amat sibuk menguruskan hal mereka yang datang belajar.

Kehidupan saya hidup bersendirian berterusan hinggalah melahairkan 2 orang anak lagi jadi 5 orang, semua saya urus sendiri, sebab Farhan selalu kata dia sibuk bekerja. Peliknya kalau bekerja, tentu dia balik bawa duit untuk sara makan minum dan pakai anak – anak, tetapi berlainan sangat dengan Farhan, bila balik dia akan ambil semua duit yuran pelajar tadika dan bebudak mengaji yang ada dalam simpanan saya. Alasannya simpan untuk keluarga.

Saya pernah tanya Farhan, dia kerja apasal sampai tak ada duit. MaIangnya saya kena tengking, katanya sebagai isteri saya mesti taat dan tak boleh banyak soal tentang suami. Dia tahu apa yang dia buat untuk kebaikan keluarga.

Kerana tidak senang dengan pertanyaan saya Farhan buat tiga pesanan untuk saya patuhi, sebelum dia keluar tinggalkan saya. Katanya kalau saya engkar kehendak suami, alamat kami tidak ada hubungan lagi. Terkejut saya.

Pesanan kedua Farhan, saya tak boleh berbual apa lagi bergaul rapat atau berkawan dengan jiran – jiran wanita apa lagi lelaki, walaupun mereka tinggal berdekatan rumah saya. Kalau ada masalah telefon dia. Ketiga, Farhan pesan saya tak boleh keluar mengajar tanpa jubah dan purdah.

Walaupun kelas tadika sebeIah rumah saya. Kalau saya tak pakai purdah dan jubah dengan sendirinya saya sudah diceraikan. Dan saya tak boleh keluar rumah sendirian, kerana perbuatan seumpama itu mengengkari suami.

Memang keras amarannya, tetapi kata Farhan semua itu sebagai tanda kasih dan sayangnya supaya saya boleh jaga diri sendiri tanpa berbuat d0sa. Katanya dia buat begitu kerana mahu kami berdua sama masuk syurga nanti.

Pada saya nasihat Farhan membuat bertambah kasih dan sayang saya kepada dia. Saya rasa seperti disayangi dan dia terlalu mengambil berat tentang keselamatan saya. Kerana itu hidup saya terpinggir dari orang ramai dan saya tak pernah tahu apa yang berlaku di luar rumah. Dunia saya hanya anak – anak dan dalam rumah sahaja.

Apabila anak – anak mula bersekolah rendah, barulah saya boleh keluar ke kedai dalam kampung saya sahaja dengan anak – anak. Saya tidak pernah keluar ke pekan kecuali bersamanya. MaIangnya Farhan memang tak pernah bawa saya berjalan sejak kami kahwin.

Kerana terlalu terkongkong, saya tak pernah tahu apa tanggungjawab seorang suami kepada anak – anak dan isteri, yang saya pasti saya mesti patuh dan ikut perintahnya dan serahkan duit untuk suami beli makan minum anak anak.

Kerana sentiasa ditinggalkan konon suami keluar bekerja, maka saya percaya apa saja cakap dan arahannya. Jika emak ayah saya bertanya mana Farhan, jawapan saya dia keluar bekerja. Tapi saya tak pernah diberi duit, sebaliknya duit yang saya dapat semuanya saya serahkan kepada Farhan.

Hinggakan nak beli pakaian baru untuk diri sendiri tidak pernah dapat saya buat. Agaknya itulah sebabnya saya disuruh pakai jubah tidak ada siapa tahu saya tidak ada pakaian baru. Memadai berkain batik dan baju kedah yang sudah lusuh ketika mengajar.

Sementara jubah cukup 2 helai warna pun hitam, tak siapa tahu saya cuma ada 4 helai haju kedah dan 3 helai kain batik.. Beg tangan memang tak pernah ada, cukup beg plastic untuk isi barang – barang keperluan. Farhan selalu ingatkan isteri mesti sentiasa membantu suami, jangan ganggu fikiran suami dengan soalan yang tak penting, kerana perbuatan seperti itu boleh mengundang permasalahan dalam keluarga.

Katanya lagi, sebagai suami isteri mesti bekerjasama, tolong menolong, kerana rezeki dari Allah mestilah dijaga dengan baik. Tahun demi tahun masa berlalu begitu pantas dan anak – anak sem4kin membesar. Takdir Allah satu hari tidak diduga saya terima panggiIan telefon dari seorang wanita.

Dia tanya benarkan awak isteri Farhan?’’ saya tak nafikan. “Apa kerja Farhan?’’, saya kata dia kerja biasa sahaja, “Benarkah dia jurutera?’’, saya nafikan mungkin puan salah orang. Katanya Farhan pakai kereta mewah, saya nafikan, dia ada proton saja, itu pun kereta terpakai.

Akhirnya wanita itu beritahu Farhan kahwin dengan anaknya lulusan university. Terk3jut beruk saya. Mana mungkin Farhan berjanji akan bawa saya masuk syurga dengannya, kerana saya isteri yang setia. Saya telefon Farhan bertanyakan kebenaran, pasti dia nafikan dan dia akan balik.

Saya terima hakikat patutlah selama 5 tahun ini, Farhan di rumah cuma sekali dalam masa 2 atau 3 bulan, mungkin benar dia sudah berkahwin. Kerana terlalu kecewa dan s4kit hati, saya terp4ksa minta izin untuk tinggalkan rumah balik ke rumah emak saya, kerana Farhan pun belum pasti akan balik.

Amaran Farhan kalau saya keluar rumah gugur talak. Saya nekad kerana hati terlalu sedih dan kecewa. Atas nasihat keluarga saya buat aduan dan tuntut cerai ke mahkamah, tetapi bila Farhan datang, dia nafikan gugurkan talak sebaliknya itu semua adalah sebagai amaran takut – takutkan saya supaya tidak keluar rumah.

Kerana lafaznya sah, kami bercerai dan janjinya akan rujuk semula. Saya minta berehat untuk tenangkan fikira. Tetapi suatu yang meng3jutkan saya bila anak – anak beritahu memang ayah mereka sudah berkahwin dan sudah ada 2 orang anak.

Aduh macam nak meIetup d4da ini ditipu oleh suami dan anak – anak sembunyikan rahsia itu, kerana diugvt oleh ayah mereka. Apa yang saya kesal anak – anak tahu tetapi mereka diugvt ayahnya jangan beritahu saya. Kerana terasa ditipu, saya buat keputusan tidak mahu rujuk dan terus membawa diri duduk di kampung mencari ketenangan.

Selepas 6 bulan salah seorang anak pujuk saya ikut dia duduk di KL, katanya untuk tenangkan fikiran. Fikiran dan kesihatan saya akan lebih terganggu jika saya terus duduk di kampung sendirian, sebab ibu saya pun baru meninggaI dunia.

Cerita anak – anak ayah mereka kahwin lagi sebab banyak duit kerana dapat banyak projek kerjasama dengan orang politik. Sebab itu dia dapat beli kereta mewah. Isterinya lulusan university sedangkan ayahnya SPM pun takde, tetapi dia berani, boleh berbahasa arab kerana pernah belajar di negara arab. Itu kelebihannya.

Saya memang kecewa kerana ditipu, suruh duduk di luar bandar, jaga anak – anak sedangkan dia bermewah – mewah hidup di bandar dan sempat kahwin lagi. Itu yang buat rasa benci saya pada Farhan macam air masak mendidih.

Akhirnya kerana nak hidup dan h4puskan rasa kecewa, saya terp4ksa bekerja, saya tak mahu hidup saya tertekan. Dengan pertolongan jiran tetangga, saya dipanggil bekerja di sebuah tadika. Saya harap di sini jiwa saya akan tenang walaupun tidak sebahagia macam orang lain.

Tetapi saya yakin, saya boleh bahagia dengan cara saya sendiri cuma masa akan menentukan. Jiwa saya s4kit kerana hidup saya ditipu dan dianiaya dengan ugutan demi kepentingan seorang lelaki bernama suami. Namun, saya tetap mengaku ini semua berlaku kerana kesalahan saya sendiri yang terlalu percaya dan sayangkan suami hingga tidak boleh berfikir dengan betul.