“Saya minta maaf..” – DJ Lin akhirnya ‘bersuara’ isu pemecatan DJ Tyzo Suria FM

“Saya minta maaf..” – DJ Lin akhirnya ‘bersuara’ isu pemecatan DJ Tyzo Suria FM

 

Kontrak penyampai radio suria FM, Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain telahpun ditamatkan semalam.

Banyak persoalan timbul selepas Tyzo dilihat tidak berpuas hati dengan keputusan itu dan turut mengucapkan terima kasih kepada DJ Lin kerana telah menganiaya dirinya.

Disebabkan itu, pengurus besar Suria FM, Rolinda Abd. Majid atau DJ Lin kini dicari untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku antara mereka berdua.

Memetik laporan Kosmo, DJ Lin yang dihubungi bagaimanapun tidak mahu memberikan sebarang kenyataan berkenaan video yang tersebar.

Bukan hanya itu, DJ Lin juga memberikan alasan dia perlu menutup mulut atas arahan pihak pengurusan tertinggi.

Minta maaf. Saya tidak dibenarkan untuk beri apa-apa kenyataan berhubung isu ini. Saya dapat arahan daripada pihak pengurusan tertinggi. Tiada sebarang kenyataan boleh dikeluarkan.

Insya-Allah, Jumaat depan (19 Januari 2024) kami akan jelaskan semuanya dalam satu sidang media.

Saya tidak pernah menghampakan wartawan sebelum ini setiap kali mahu mendapatkan komen atau apa sahaja kenyataan. Tapi untuk kali ini, saya minta maaf, tiada sebarang kenyataan boleh dikeluarkansehingga Jumaat nanti.

Semalam, Suria FM mengumumkan khidmat Tyzo sebagai penyampai bagi segmen Suria Petang, berakhir atas alasan sebagai strategi untuk tahun 2024.

Tyzo atau nama sebenarnya, Tuah Zolqarnain menerusi hantarannya dalam Facebook meluahkan kekesalan hati apabila mengakui tidak rela disingkirkan daripada stesen radio berkenaan.

Dia itu turut menyifatkan penyingkirannya sebagai harga yang terpaksa dibayar, impak daripada kemenangan meraih anugerah Penyampai Radio Popular di Anugerah Bintang Popular tahun lalu.

Susulan itu, ramai pendengar setia menzahirkan rasa tidak puas hati sehingga ada yang mahu memboikot Suria FM.