“Saya ibu mertua yang paling dibenci sekarang” – Ibu Aliff Aziz

Sebelum ini, tular video ibu Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza yang didakwa telah mengaibkan menantu sendiri, Bella Astillah di hadapan rakan-rakan sekolah anaknya di Singapura.
Sewaktu ditemubual oleh pihak Melodi TV3, Hafiza sedar bahawa kini dirinya teruk dipandang hina oleh netizen dan merupakan ibu mertua yang paling dibenci.
Sekarang kan saya ibu mertua yang paling dibenci.
@buletin.tikt0k credit : youtube tv3malaysia #fyp #berandafyp #berandatiktok #bikinpanas #aliffaziz #bellaastillah #curang
Bagaimanapun, ibu kepada penyanyi tersebut menganggap segala yang berlaku adalah ujian di bulan Ramadan.
Dalam pada itu, dia turut memberitahu hanya mahukan yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak dan kini ujian yang dilalui oleh Aliff serta Bella merupakan tanda Allah SWT menyanyangi kedua-dua individu itu.
Bahkan, Hafiza berkata sebagai ibu dia sering menasihati Aliff untuk muhasabah diri dan sentiasa kuatkan iman agar sentiasa berada di atas jalan yang benar.