“Saya dah penat kerja, biar awak yang tanggung” – Zarina Anjoulie mahu bakal suami tanggung segalanya, hanya mahu abadikan diri sebagai isteri

“Saya dah penat kerja, biar awak yang tanggung” – Zarina Anjoulie mahu bakal suami tanggung segalanya, hanya mahu abadikan diri sebagai isteri

 

Pelakon, Zarina Anjoulie memuat naik video bersama kekasih, Datuk Khazrul Ezley di Instagram miliknya meraih perhatian ramai di media sosial.

Menerusi perkongsian tersebut, Zarina bertanya kepada cinta hatinya itu sekiranya dia boleh menjadi suri rumah selepas mereka berkahwin.

“Okay papa (Khazrul) saya dah buat keputusan, saya nekad untuk tidak bekerja lagi, saya nak jadi jadi suri rumah sepenuh masa.

“Saya dah penat, saya mahu pencen, malas mahu kerja, biar awak sahaja yang tanggung saya.

“Jadi kerja saya lepas ni hanya jaga dan masak untuk awak, saya mahu rileks daripada terus bekerja, kasi hati awak senang, abadikan diri saya untuk awak,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ada segelintir pihak yang bertanya mengenai status Anju bersama Khazrul mendakwa mereka telah berkahwin.

Persoalan tersebut timbul gara-gara kapsyen Anju yang menggelarkan Khazrul sebagai suami.

“Tengah convince suami saya tak nak kerja dah, nak dia tanggung saya. I’m tired, nak pencen sekarang,” tulisnya.

Anju bagaimanapun tidak menjawab persoalan netizen tersebut.

Meninjau ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen mendoakan kebahagiaan pasangan sejoli ini.

Sebelum ini, Anju dan Khazrul pernah mengikay tali pertunangan pada 26 Januari tahun lalu namun hubungan mereka putus sebulan kemudian.

Sejurus itu, Anju dan Khazrul saling bertikam lidah dan berbalas pendapat di media sosial.