“Saya dah kahwin dan bapa dua anak, saya sayang isteri dan anak-anak, saya ni ada nafsu kat lelaki tapi isteri saya tak perasan langsung”

“Saya dah kahwin dan bapa dua anak, saya sayang isteri dan anak-anak, saya ni ada nafsu kat lelaki tapi isteri saya tak perasan langsung”

 

Seorang lelaki mendedahkan bahawa dia mempunyai perasaan terhadap kaum sejenis walaupun sudah mendirikan rumah tangga.

Menerusi podcast Siti Mimah yang dimuat naik di TikTok, individu tersebut mengakui bahawa dia mempunyai perasaan terhadap lelaki sejak dari bangku sekolah lagi dan naluri yang sama masih ada meskipun sudah bergelar seorang bapa.

Saya sudah berkahwin dan memiliki dua orang anak. Saya sayang isteri dan anak-anak saya tapi ada sesuatu yang membuatkan saya malu dengan diri sendiri.

Saya ni ada nasfu dekat lelaki tapi setakat ini isteri saya tak perasan langsung. Saya ada perasaan ini semenjak dari kecil, mungkin sejak sekolah lagi.

Bercerita lanjut, individu tersebut berkata antara salah satu faktor dia bersetuju untuk mendirikan rumah tangga adalah disebabkan keluarga.

Pengacara, Fiza Sabjahan dan Fatin Hamimah kemudian memberikan respon terhadap pengakuan berani lelaki tersebut.

Menurut Fiza, adalah tidak wajar tindakan segelintir ibu bapa mendesak anak-anak yang mempunyai naluri songsang untuk berkahwin kerana bimbang akan memudaratkan pasangan mereka kelak.

Kita bukan nak menggalakan, tetapi kita tak nak pula menganiayai orang lain. Maksudnya apabila kita tengok kepada kecenderungan dia terhadap kaum sejenis, jangan paksa anak kita mendirikan rumah tangga semata-mata kita nak melihat dia berkahwin untuk selesaikan masalah itu. Tapi kasihanilah kepada isteri dan anak-anaknya sebab walaupun sudah berkahwin namun naluri itu bukan kepada wanita.

Dalam pada itu, Fatin pula berpendapat, lelaki berkenaan perlu jujur terhadap isterinya supaya dia dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan tidak membabitkan keluarga yang dibina.

Dia perlu berterus terang terhadap isteri sebab apabila dia sudah membuat pengakuan ini, dia sebenarnya tak bersedia pun untuk teruskan keharmonian dalam keluarga. Mungkin dia boleh mencari penyelesaian tanpa melibatkan isteri dan anak-anak dia.

@tv3malaysia

“Saya dah berkahwin dan bapak 2 anak, tapi saya masih cari lelaki lain” Betul ke min dengar ni? 😳 Jom kita discuss apa POV @Fiza sabjahan & @Mimamim tentang Hubungan Sonngsang dan HIV! #SitiMimahSini #TakpakarTapinakkongsi

♬ original sound – TV3Malaysia – TV3Malaysia