“Saya cuma tambah timun je tadi” – Tengah enjoy makan, tuan rumah keluar buku kira bil buat tetamu berdekah

“Saya cuma tambah timun je tadi” – Tengah enjoy makan, tuan rumah keluar buku kira bil buat tetamu berdekah

 

Sudah menjadi kebiasaan setiap kali Aidilfitri, bagi yang berkemampuan sudah tentu akan menganjurkan rumah terbuka untuk berkongsi rezeki dan mengeratkan silaturahim.

Biasanya, aktiviti rumah terbuka bemula sekurang-kurangnya seminggu selepas 1 Syawal sehinggalah tamat bulan perayaan tersebut.

Jemputannya pula sudah tentu dalam kalangan ahli keluarga terdekat dan kenalan-kenalan rapat. Bagi mereka yang mengadakan rumah terbuka pada skala yang lebih besar, jemputannya sudah tentu lebih ramai.

Dalam pada itu, sudah menjadi tabiat apabila bertemu kenalan ataupun ahli keluarga, mesti ada masanya kita akan bergurau senda bersama kan?

Lebih-lebih lagi jika hubungan yang ada sangat rapat, aktiviti sakat-menyakat hingga mengundang ketawa riang itu adalah normal untuk dilakukan.

Suasan meriah yang dicipta akan menjadi memori yang mana sekali gus dapat merapatkan lagi hubungan persaudaraan dan persahabatan yang sudah lama terbina.

Begitu jugalah situasi yang berlaku dalam satu video suasana rumah terbuka yang menjadi tular baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, @arengahbattelstormseorang lelaki dilihat khusyuk sedang mengira harga makanan yang dinikmati tetamu.

Keadaan itu saling tak tumpah situasi yang biasa dilihat ketika pelayan restoran mengambil pesanan atau mengira bil ketika makan di luar.

Tindakan lelaki tersebut ternyata berjaya menghidupkan suasana majlis sehingga mengundang ketawa mereka yang ada.

Malah, tetamu yang menjadi ‘mangsa’ juga begitu sporting dan melayan gurauan tersebut.

“Saya cuma tambah timun je tadi. Berapa ni, RM 18?” ujar salah seorang tetamu yang bergurau kembali.

Kemudian, lelaki tersebut mula beralih ke tetamu lain dengan mengira berapa ketul ayam yang diambil dan mengira harga kicap yang sudah dituang ke atas nasi.

Apa yang lebih melucukan apabila ada tetamu yang betindak menyorokkan pinggan yang berisi nasi supaya tidak dapat bil tidak dapat dikira oleh abang berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok berasa terhibur dengan video yang dikongsikan oleh lelaki itu.

Pada masa yang sama, ada juga yang memberi ‘nasihat’ kepada abang tersebut supaya lebih peka dengan tindak-tanduk para ‘pelanggannya’.

“Patut tanya, kira sekali ke asing?” komen seorang wargamaya.

“Bang nak bagi bil periksa betul-betul, takut ada yang sorok ayam bawah nasi,” komen lagi seorang wargamaya.

@arengahbattelstorm

sesekali Benda pelik memg hadir dlm hidup seseorg

♬ original sound – ARENGAH – ARENGAH