“Saya bukan perempuan” – Lelaki rambut panjang terkejut kena ‘sound’ dengan makcik, disuruh tutup aurat dalam masjid

“Saya bukan perempuan” – Lelaki rambut panjang terkejut kena ‘sound’ dengan makcik, disuruh tutup aurat dalam masjid

 

Kebanyakan rakyat Malaysia pastinya sudah tahu mengenai tatacara pakaian ketika memasuki Masjid Negara.

Tak kira lelaki atau perempuan, semua pengunjung perlulah mengenakan penampilan sopan dan menutup aurat bagi menghormati rumah Allah.

Jika perlukan baju tambahan, pihak pengurusan turut menyediakan jubah untuk kegunaan semua.

Baru-baru ini pula, seorang lelaki menerusi TikTok @Mooi1999 berkongsikan satu rakaman lucu sewaktu dirinya hadir ke lokasi tersebut.

Tiba-tiba, dia dihadiri seorang wanita pertengahan umur yang menegurnya untuk menutup aurat.

Bertutur dengan Bahasa Inggeris, mak cik tersebut telah memintanya segera turun ke bawah untuk mengambil jubah agar Mooi boleh menutup seluruh aurat badan termasuklah rambutnya sekali.

Memiliki rambut panjang dan berwajah agak feminin, Mooi disalah ertikan sebagai perempuan.

Tercengang dengan teguran tersebut, dia sempat membalas secara baik dengan menyatakan dirinya adalah seorang lelaki. Namun mak cik tersebut terus menyuruhnya untuk menutup aurat terutamanya rambut.

Mungkin tersedar dirinya salah, teguran itu sekadar berakhir dengan keluhan panjang “aduhai” sebelum dia berlalu pergi dari situ.

@mooi1999taylorsversion

Penat la jadi lelaki Lawaaa 🥹🩵 auntie masjid ni confused ask me tutup rambut ..and i’ll be like *_* ???🧕🏼

♬ original sound – mooi99 – mooi99

Meraih 3.5 juta jumlah tontonan, hantaran Mooi dibanjiri lebih 13,000 ribu komen netizen sejak semalam.

Selain merasa lucu dengan wajah tercengang lelaki tersebut, mereka berpendapat mak cik berkenaan seharusnya meminta maaf atas salah faham yang berlaku.