“Saya buka HP suami terjumpa foto dia berselimut dengan boyfriend di hotel, dia bukan jenis lelaki lembut, badan sasa, rupanya ini punca sebenar saya dijangkiti..”

“Saya buka HP suami terjumpa foto dia berselimut dengan boyfriend di hotel, dia bukan jenis lelaki lembut, badan sasa, rupanya ini punca sebenar saya dijangkiti..”

 

Di Instagram, Dr Samhan berkongsi kisah mengenai seorang wanita yang menghidap penyakit HIV gara-gara perbuatan terkutuk suami sendiri.

Dari mana datang puncanya?

Menurut wanita tersebut, dia sering menjadi mangsa keganasan rumah tangga berikutan suaminya ‘kaki botol’. Bukan itu sahaja, suaminya sering ke kelab malam dan pulang ke rumah lewat malam. Lebih menyedihkan, wanita itu sedang sarat mengandung.

Suami saya orang kenamaan, berjawatan tinggi dan dihormati. Umur dia 35 tahun. Kami sudah kahwin 5 tahun. Sekarang saya mengandung dan saya baru tahu menghidap HIV.

Saya dapat tahu HIV masa buat buku pink. Saya suri rumah sepenuh masa. Hidup saya bergantung sepenuhnya pada suami saya.

Bercerita lebih lanjut, wanita berkenaan turut memberitahu bahawa suaminya mempunyai ‘boyfriend’.

Saya pernah buka telefon dia dan terjumpa foto dia berselimut bersama boyfriend di hotel. Dia bukan jenis lelaki lembut. Badan sasa, sedap mata memandang. Saya pun terkejut, dia ada nafsu pada lelaki.

Ujar wanita tersebut, dia sendiri terkejut apabila suaminya mempunyai nafsu pada kaum sejenis. Pada masa yang sama, dia sudah mengetahui punca sebenar dijangkiti HIV.

Menerusi posting tersebut juga, Dr Samhan mengupas sedikit info mengenai HIV.

Jelas Dr Samhan, penetrasi dubur oleh zakar dalam hubungan homoseksual lebih banyak menghasilkan kecederaan dengan pecahnya salur darah dan memungkinkan virus HIV masuk melalui salur darah.