“Saya boleh jadi isteri”, Anak Azhar Sulaiman ‘letak’ hantaran RM10 juta

“Saya boleh jadi isteri”, Anak Azhar Sulaiman ‘letak’ hantaran RM10 juta

 

Selepas meraih pelbagai reaksi gara-gara lagu Ketipak Ketipung Raya, pempengaruh Leona kembali mencuit hati netizen dengan berseloroh sudah sedia bergelar isteri.

Ujar Leona atau nama sebenarnya Kasih Iris Leona, 22, lelaki yang ingin menyuntingnya perlu menyediakan wang hantaran berjumlah RM10 juta.

“Saya boleh jadi isteri, siapa nak kahwin dengan saya? Datang sini lamar saya. Hantaran saya RM10 juta,” katanya dalam hantaran TikTok.

Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu meluahkan gurauan tersebut disebabkan skil masakannya semakin bagus, sekali gus menandakan kebolehan itu sebagai petanda dirinya boleh berkahwin.

Dalam paparan dikongsikan, gadis yang menyambung pengajian di London itu menuang kicap manis ke dalam mangkuk sebelum menjamah juadah yang disediakannya.

Kemudian dia tanpa ragu-ragu memuji hasil hidangan air tangannya itu sebaik menikmati suapan yang pertama.

“Kita letak sedikit (kicap manis). Oh Tuhan ku, siapa masak ni? Saya yang masak,” katanya dalam video tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagatnya yang disifatkan melucukan.

Malah ramai menyukai karakternya yang disifatkan menjadi diri sendiri selain banyak berkongsi konten menghiburkan.

“Sebenarnya yang membuatkan dia ini comel sebab dia jadi diri dia sendiri, dia tak buat-buat dan sejenis yang tak ‘fake’,” kata netizen.

“Saya rasa saya suka aura dia yang ‘low profile’ macam ini, buat kita macam kawan rapat pula. Hari-hari konten ‘random,” tulis pemilik akaun lain.

Sejak menyambung pengajian di luar negara bermula pada 2022, Leona semakin kerap berkongsi video berkaitan kehidupan seharian.

Biarpun selalu berdepan kecaman terutama berkaitan pemilihan pakaian, gadis terbabit tetap aktif meneruskan perkongsian hariannya dalam Instagram dan TikTok.

@leonathe2nd

♬ original sound – le yoooooooo na – le yoooooooo na