“Saya ada black belt karate” – Lelaki singlet putih mohon maaf, tampil beri penjelasan di sebalik video viral ‘1 by 1’

“Saya ada black belt karate” – Lelaki singlet putih mohon maaf, tampil beri penjelasan di sebalik video viral ‘1 by 1’

 

Terdahulu, tular video pergaduhan dua lelaki di sebuah kedai runcit di Seberang Jaya, Pulau Pinang yang menyebabkan kedua-dua individu itu ditahan polis.

Pelanggan yang terlibat dalam pergaduhan itu, baru-baru ini telah membuat penjelasan mengenai kejadian tersebut.

Menurut lelaki yang bersinglet putih dalam video tular terbabit, perselisihan faham antara mereka berpunca daripada layanan tauke atau pemilik premis berkenaan yang menurutnya agak biadap.

Mereka berdua kemudian bertikam lidah sehingga menyebabkan pemilik kedai runcit mengajaknya untuk ‘1 by 1’ secara gentlemen.

Dalam video penjelasan di TikTok, lelaki tersebut mengaku mempunyai tali pinggang hitam seni bela diri karate namun mengakui tidak mampu mempertahankan dirinya sendiri pada ketika itu berikutan dia dalam keadaan mabuk.

@prabu_360_

real one by one gentleman story! #fyp #viral_video #fypage #foryoupage

♬ original sound – ♤_PRABU_♤ – ♤_PRABU_♤

Difahamkan, pemilik premis berkenaan juga memiliki tali pinggang hitam dalam taekwondo yang membuatkannya tidak gentar untuk berhadapan dengan lelaki singlet putih itu.

Dalam pada itu, dia sempat membuat permohonan maaf atas keterlanjurannya dan meminta orang ramai tidak membuat jenaka terhadapnya.

Salah seorang pengguna media sosial memberitahu bahawa lelaki terbabit mendedahkan yang dirinya pernah bergaduh dengan tauke itu pada 13 tahun lalu.

Screenshot 2024 06 10 123621

Screenshot 2024 06 10 123649

Screenshot 2024 06 10 123709

Dalam pada itu, netizen menasihati lelaki terbabit untuk mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku.