“Mereka satu tempat kerja” – Lelaki tak jadi kahwin sebab bakal isteri ada orang ketiga

“Mereka satu tempat kerja” – Lelaki tak jadi kahwin sebab bakal isteri ada orang ketiga

 

Seorang pemuda yang tular baru-baru ini kerana majlis perkahwinannya ditukar kepada majlis doa selamat susulan tunang menarik diri di saat akhir akhirnya tampilkan menjelaskan pembatalan itu disebabkan kehadiran orang ketiga dalam hubungan mereka.

Menerusi hantaran di TikTok, mimieshop_99 telah memuat naik beberapa video tangkap layar siaran langsung pemuda tersebut yang bernama Adam sedang menjelaskan perkara tersebut.

@mimieshop_99

Macam mana rupa perempuan tu smpai ada orng ke tiga selepas semua barang dah di sedia kan tinggal nak sanding je ehmm 😭 #staystrong adam #adam @DemFlacco🎡

♬ bunyi asal – Sarahhsopp – Sarahhsopp

Bagaimanapun, disebabkan bekas tunangnya menarik diri sebulan sebelum majlis, pihak Adam tidak dapat membatalkan tempahan lokasi perkahwinan mereka.

“Pada hujung Ogos, dia pulangkan cincin tunang. jadi dia dah ambil keputusan untuk putuskanlah. Jadi pada bulan September, proses untuk pihak perempuan batalkan tu dah dimulakan.

“Jadi waktu tu, kalau kami nak minta bayaran balik pun, kalau kami nak batalkan pun, kami rugi sebab dah bayar semua. Kalau nak minta bayaran balik memang takkan dapat.

“Jadi, daripada kami batalkan tanpa bagi apa-apa kepada keluarga yang sanggup nak datang, yang tunggu untuk hari perkahwinan tu, kami tukar kepada kenduri doa selamat,” katanya.

Dalam pada itu, Adam juga berkata dia siaran langsung itu hanyalah penjelasan tentang perkara yang telah berlaku dan bukannya dengan niat untuk mengaibkan bekas tunangnya.

@mimieshop_99

#Adamtakjadikawin yang mana terlepas komen saya dah rekord korng boleh dngr sbb ramai terlepas cerita tadi @DemFlacco🎡

♬ bunyi asal – Sarahhsopp – Sarahhsopp

“Jadi dekat sini, memang saya jaga air muka dia dan keluarga dia. Saya memang tak nak dedahkan siapa, saya tak nak sebut nama. Tapi saya harap dengan penjelasan ini, punca dia ke apa, cukup untuk anda semua faham,” ujarnya.

Menurut Adam, pembatalan pernikahannya dengan wanita pilihan disebabkan hadirnya orang ketiga dalam hubungan mereka yang mana bekas tunangnya mengenali individu tersebut kerana bekerja di tempat sama.

Katanya, sekitar bulan Julai, dia sudah merasa perubahan daripada bekas tunangnya dan Adam mengetahui kehadiran orang ketiga itu selepas dia sendiri ‘menyergah’ bekas kekasihnya itu.

Bagaimanapun, Adam masih mahu menerima bekas tunangnya itu dan mahu meneruskan perkahwinan mereka susulan persiapan majlis yang hampir selesai.

“Senang cerita, ia melibatkan orang ketiga, di mana pihak perempuan ada berkenalan dengan orang ketiga. Mereka satu tempat kerja. Sampai situ sahajalah saya akan cakap.

“Sewaktu perkara itu terjadi, di mana saya berjumpa atau  saya pergi ‘sergah’, saya masih terima. Saya cakap kat dia, saya masih terima dan masih nak teruskan perkahwinan.

“Saya mula rasa Julai, yang mana waktu tu saya banyak fikir, saya banyak overthinking je. Saya tak pati betul atau tidak dan akhirnya pada bulan Ogos, Allah tunjukkan pada saya jawapan dia,” luahnya.

Walaupun Adam mahu meneruskan pernikahan mereka, keluarga bekas tunangnya telah mengembalikan cincin pertunangan mereka sekitar hujung bulan Ogos, sekaligus membatalkan majlis perkahwinan emreka.

“Saya masih nak teruskan, saya masih terima dia. Tapi hujung bulan Ogos, keluarga pihak perempuan datang rumah saya, berjumpa dengan mak saya untuk pulangakn cincin pertunangan.

“Jadi dia buat keputusan untuk putus dan batalkan. Saya masa itu, dalam proses nak selamatkan hubungan kami. Sebab yelah, dewan yang korang tengok dalam video tu, dewan tu dah siap dibayar pada bulan Julai.

“Kami pun dah cari baju, dah survey jurugambar, hadiah pintu pun kami dah siapkan untuk kedua-dua belah lelaki. Persiapan dah banyak, jadi saya masih nak pertahankanlah. Tapi dengan keizinan Allah, tak dapat,” katanya.

Sebelum ini, tular video memaparkan ibu kepada Adam yang sedang memberi ucapan sambil menahan sebak kerana calon isterinya menarik diri pada saat-saat akhir.

Majlis tersebut diteruskan kerana persiapan telah pun siap disediakan oleh Adam dan menggantikannya kepada majlis doa selamat yang diketuai oleh ustaz dan anak-anak maahad tahfiz.