“Satu sen hartaku tak akan dapat” – A.Aida sanggup buang nama anak dalam penerima wasiat jika kahwin senyap-senyap

“Satu sen hartaku tak akan dapat” – A.Aida sanggup buang nama anak dalam penerima wasiat jika kahwin senyap-senyap

Kecoh baru-baru ini apabila anak Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania berusia 19 tahun dilaporkan sudah bernikah di Songkla, Thailand.

Hal ini bukan sahaja mengejutkan para netizen malah ibu bapa mereka mengenai berita pernikahan yang dilakukan secara senyap-senyap dengan seorang lelaki bernama Aslam.

Terbaharu, Datuk A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang tampil berkongsi di Instagram memaklumkan harapan beliau agar anak-anaknya berjodoh dengan mat saleh.

Walau bagaimanapun, sekiranya didapati anak-anaknya kahwin secara senyap-senyap, beliau tidak teragak-agak untuk menghalang harta wasiat beliau jatuh ke tangan anak tersebut.

 

Perkongsian ringkas yang dibuat telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan netizen. Terdapat netizen yang menyokongnya dan terdapat juga netizen yang tidak bersetuju.

Menurut para netizen, apa yang berlaku kepada selebriti lain itu adalah ujian untuk mereka dan tidak mustahil perkara yang sama mampu menimpa keluarga lain.

Selain itu, terdapat juga netizen yang bersetuju dengan kata-kata pedas A. Aida serta berpendapat nasihat tersebut dituju buat anaknya dan bukannya individu lain.