Satu lagi kejadian tanah mendap dikesan, 50 meter daripada lokasi tanah jerlus di Jalan Masjid India
Satu kejadian menggemparkan kira-kira 6 hari lalu berlaku di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur di mana seorang warga India dilaporkan hilang selepas terjatuh dalam mendapan tanah dengan kedalaman kira-kira 8 meter.
Setakat hari ini, wanita tersebut masih belum ditemui dan Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia juga menggunakan khidmat anjing pengesan (K9), Denti dan Frankie bagi mengesan mangsa yang hilang.
Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menggunakan khidmat anjing pengesan (K9), Denti dan Frankie bagi mengesan mangsa iaitu wanita warga India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India pada Jumaat lepas.
Denti dan Frankie sebelum ini pernah terlibat… pic.twitter.com/uuflYLK2yG
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 27, 2024
Denti dan Frankie sebelum ini pernah terlibat dalam operasi SAR tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali pada 16 Disember lalu.
Terbaru, terdapat satu lagi mendapan baru dikesan sebesar dua kaki, kira-kira 50 meter dari lokasi insiden minggu lalu.
Operasi mencari dan menyelamat Vijayaletchumy berusia 48 tahun, warganegara India yang hilang dalam insiden tanah jerlus 23 Ogos lalu, masuk hari keenam hari ini.
Difahamkan, pasukan mencari dan menyelamat tiba di lokasi kira-kira jam 8.30 pagi untuk menyambung operasi mencari dan menyelamat.
Pada masa sama, kerja-kerja pencarian melalui kaedah Ground Penetrating Radar (GPR) dijalankan oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) di sekitar Masjid India untuk menilai keadaan tanah.